Weblog Abuyusoef aka Abuyya

Just another WordPress.com weblog

Arkib untuk Kesihatan

Ramadhon bulan persiapan untuk berhijrah

Oleh: Abuyusoef Al-Maranji

 

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan. Hayya Ya Ramadhan. Di sisi Allah Puasa Ramadhan merupakan suatu ibadah yang begitu istimewa sehinggakan nilaian ganjarannya ditentukan olehNya mengikut kehendaknya tidak sama dengan amalan ibadah yang lain. Abu Hurairah RA berkata Nabi SAW bersabda: ِAllah berfirman:

 

كل عملابن ادم له الا الصيام فانه لي وانا اجزي به والصيام جنة

 

(Kullu ‘amalibni A-dam lahu illas siyam, fainnahu li wa ana ajzee bihiwas siyaamu junnatun) yang bermaksud: Semua amalan anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa, maka sesungguhnya Puasa adalah untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa itu suatu perisai…. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Mungkin ada orang berkata agak terlalu awal untuk berbicara pasal Ramadhon. Tidak! Tidak sama sekali bagi orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kerana mereka sentiasa menunggu setiap Ramadhon dengan penuh harapan dan kasih sayang. Meskipun hanya 2 minggu lagi saat ketibaan Ramadhon, kita tidak boleh terlalu yaqin yang kita akan bertemu dengan Ramadhon. Entah-entah nama kita tersenarai dalam mereka yang akan dipanggil oleh Allah. Ya Allah ketemukanlah kami dengan Ramadhon lagi, bulan yang penuh rahmat, maghfiroh dan bulan yang memberi peluang kepada kami untuk berdoa dibebaskan dari api neraka (’itqun minannar).

 

Dalam satu hadis lain dari Sahl bin Saad RA yang meriwayatkan Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya di syurga ada pintu masuk bernama Ar-Royyan, tempat masuk orang yang berpuasa…”

 

Sekiranya Ramadhon kali ini yang pertama bagi saudara baru (converts), inilah peluang untuk anda melatih diri berpuasa. Memang bulan Ramadhon merupakan bulan latihan/tarbiyyah bagi Muslim dengan harapan menjadi seorang yang bertaqwa. Tidak dinafikan setiap kita mempunyai kelemahan dan kita terpaksa melupakan amalan secawan kopi atau sepotong rokok di pagi hari ketika puasa bermakna meninggalkan atau mengurangkan pengambilan kafein atau nikotin. Alangkah baiknya kalau kita dapat meninggalkan terus pengambilan nikotin (rokok) hasil dari tuntutan Ramadhon meninggalkan yang haram atau paling tidaknya makruh tahrim (makruh yang dilarang). Ya…berpuasa dan meninggalkan menghisap rokok…boleh dijadikan sebagai azam berhijrah meninggalkan perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga Majlis Fatwa Dunia-rokok adalah haram.

 

Bukanlah maksud saya untuk menjadi pemfatwa dengan nada ‘ha za halalun wa ha za haromun’ kerana saya bukan mufti tetapi lebih kepada melihat kedudukan amalan merokok yang tidak siapa yang menafikan ia suatu amalan yang tidak baik…

 

 

 

HIMPUNAN FATWA HARAM MEROKOK

 

Fatwa Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

 

Merokok haram hukumnya berdasarkan makna dari zahir ayat Al-Qur’an dan As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar. Allah berfirman (yang bermaksud), “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195).

 

Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu. Wajhud dilalah (aspek pendalilan) dari ayat di atas bermaksud merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.

 

Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadis sahih dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam bahwa beliau melarang membazirkan harta. Makna membazirkan harta adalah memperuntukkannya kepada hal-hal yang tidak bermanfaat. Sebagaimana dimaklumi bahwa memperuntukkan harta dengan membeli rokok adalah termasuk pengperuntukan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan peruntukan harta kepada hal-hal yang mengandung kemudaratan.

 

Dalil yang lain, Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, “Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.” (HR. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).

 

Jadi, menimbulkan bahaya (dharar) adalah ditiadakan (tidak berlaku) dalam syari’at, baik bahayanya terhadap badan, akal, ataupun harta. Sebagaimana dimaklumi pula merokok adalah berbahaya terhadap badan dan harta.

 

Adapun dalil dari iktibar (logik) yang benar yang menunjukkan keharaman rokok adalah kerana dengan perbuatan itu perokok mencampakkan dirinya ke dalam hal yang menimbukan bahaya, rasa cemas, dan keletihan jiwa. Orang yang berakal tentu tidak rela hal itu terjadi pada dirinya sendiri. Alangkah tragisnya keadaannya, dan demikian sesaknya dada si perokok bila tidak menghisapnya. Alangkah berat ia melakukan puasa dan ibadah-ibadah lainnya kerana hal itu menghalagi dirinya dari merokok. Bahkan, alangkah berat dirinya berinteraksi dengan orang-orang saleh kerana tidak mungkin mereka membiarkan asap rokok mengepul di hadapan mereka. Oleh itu anda akan melihat perokok demikian tidak selesa bila duduk dan berinteraksi dengan orang-orang saleh.

 

Semua iktibar itu menunjukkan merokok hukumnya diharamkan. Oleh itu, nasihat saya untuk saudara-saudara kaum muslimin yang masih didera oleh kebiasaan menghisap rokok agar memohon pertolongan Allah dan tekad untuk meninggalkannya. Ini kerana di dalam tekad yang tulus disertai dengan memohon pertolongan Allah, mengharap pahala dari-Nya dan menghindari siksaan-Nya, semua itu adalah amat membantu di dalam usaha meninggalkan hal tersebut.

 

Jawapan Atas Berbagai Dalihan

Jika ada orang yang berdalih, “Sesungguhnya kami tidak menemukan nas, baik di dalam kitabullah ataupun sunnah Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam perihal haramnya rokok.”

 

Maka, jawapan atas kenyataan ini kita nyatakan nas-nas Al-Qur’an dan sunnah terdiri dari dua jenis;
1. Jenis yang dalil-dalilnya bersifat umum seperti Adh-Dhawabith (ketentuan-ketentuan) dan kaedah-kaedah yang mencakup perincian yang banyak sekali hingga hari kiamat.
2. Jenis yang dalil-dalilnya memang diarahkan kepada suatu itu sendiri secara langsung.

 

Bagi jenis pertama, ayat Al-Qur’an dan dua hadis yang kami sebutkan di atas yang menunjukkan keharaman merokok secara umum meskipun tidak diarahkan secara langsung kepadanya. Manakala bagi jenis kedua, ialah fiman Allah (yang bermaksud), “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah.” (Al-Maidah: 3).

 

Dan firman-Nya, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamr, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dari amalan syaitan. Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu.” (Al-Maidah: 90).

 

Jadi, baik nas-nas itu termasuk jenis pertama atau kedua, ia bersifat keharusan bagi semua hamba Allah kerana dari sisi pengambilan dalil menunjukkan hal itu.

 

Sumber: Program Nur ‘alad Darb, dari Fatwa Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin, dari kitab Fatwa-Fatwa Terkini 2.

 

Syeikh Muhammad bin Ibrahim

 

Rokok haram kerana di dalamnya ada racun. Al-Qur’an menyatakan, “Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran).” (al-A’raf: 157). Rasulullah juga melarang setiap yang memabukkan dan melemahkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah ra. Merokok juga termasuk melakukan pembaziran yang tidak bermanfaat. Selanjutnya, rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada jamaah solat.

 

 

 

 

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab

 

Rokok haram kerana melemahkan dan memabukkan. Dalil nas tentang benda memabukkan sudah cukup jelas. Hanya saja, penjelasan tentang mabuk itu sendiri perlu penyesuaian.

 

Ulamak Mesir, Syria, Saudi

 

Rokok haram iaitu terlarang, dengan alasan membahayakan. Di antara yang mendokong dalil ini ialah Syeikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby dan Syeikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry as-Syafi’i dari Syria, dan ulamak Mekkah Abdul Malik al-Ashami.

 

Dr Yusuf Qardhawi

 

Rokok haram kerana membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya ‘Halal & Haram dalam Islam’. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah. Qardhawi menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk membazir masa dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak memerlukan.

 

SyariahOnline.com

 

Keharaman rokok tidaklah berdasarkan sebuah larangan yang disebutkan secara mutlak dalam nas Al-Quran Al-Kariem atau pun As-Sunnah An-Nabawiyah.

 

Keharaman rokok itu disimpulkan oleh para ulamak semasa ini setelah dipastikannya fakta setiap batang rokok itu mengandung lebih dari 4000 jenis racun berbahaya. Oleh kerana racun itu merosak tubuh manusia yang sebenarnya amanah Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara, maka merokok itu termasuk melanggar amanat itu dan merosak larangan.

 

Namun banyak orang yang menganggap hal itu terlalu mengada-ada, sebab buktinya terdapat jutaan orang di muka bumi ini yang setiap hari merokok dan buktinya mereka masih bernafas iaitu tidak langsung mati secara mendadak.

 

Kerana itulah kita masih menemui rokok di sekeliling kita dan ternyata rokok masih bertahan. Bahkan mampu memberikan pulangan kepada pemerintah melalui cukainya. Sehingga tidak pernah muncul keinginan baik dari pembuat undang-undang untuk melarang rokok.

 

Ini merupakan salah satu ciri ketidak-sampaian maklumat kepada masyarakat atau memang masyarakat tidak prihatin. Di negara yang sudah maju, maklumat berkaitan tidak dianggap penting. Dan kedua jenis masyarakat ini memang sama-sama tidak tahu apa yang terbaik buat mereka.

 

Di dalam hukum Islam, apabila sesuatu itu telah dipastikan yang ia membahayakan kesihatan, maka menggunakannya adalah diharamkan. Inilah bentuk ketegasan hukum Islam yang sudah menjadi ciri khas. Maka khamar itu tetap haram meski hanya seteguk ditelan untuk sebuah malam yang dingin menusuk.

 

Demikian pula para ulamak ketika menyedari kewujudan lebih 4000 racun dalam batang rokok dan mengetahui akitab-akibat yang diderita para perokok, mereka pun sepakat untuk mengharamkannya. Sayangnya, umat Islam masih lagi menganggap sekiranya tidak ada ayat yang tegas atau hadits yang eksplisit yang mengharamkan rokok, maka mereka masih menganggap rokok itu halal, atau makruh paling minima.

 

Ustaz Ahmad Sarwat , Konsultan eramuslim.com

 

Pada peringkat permulaan, tidak ada ulamak yang mengharamkan rokok. Mereka hanya memakruhkannya yang dasarnya amat berbeza dengan dasar pengharaman yang dibuat sekarang ini. Dahulu para ulamak hanya menganggap bau mulut perokok agak kurang sedap yang mengganggu orang lain semasa bergaul. Akibatnya si perokok kurang disukai dan dikatakan hukumnya makruh tahrim (makruh terlarang).

 

Sebahagian ulamak di negara kita yang menghisap rokok, bila ditanyakan tentang hukum rokok, mereka terus menjawab rokok itu tidak haram, tetapi hanya makruh sahaja.

 

Mengapa mereka menganggap demikian?

 

Mereka menganggapnya demikian kerana kajian secara jelas tentang nikotin dan zat beracun dalam sebatang rokok kurang jelas dan penelitian dan fakta belum ditemui ketika itu. Maka hukum rokok hanya sekedar makruh lantaran membuat mulut berbau busuk serta mengganggu pergaulan.

 

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (yang ke 37, Tahun 1995)

 

MFKM ke 37 memutuskan rokok adalah haram berdasarkan hujjah yang hamper sama dengan fatwa di atas, malah Majlis Fatwa Sedunia yang berpengkalan di Arab Saudi juga menghukum haram merokok atas maklumat terkini mengenai rokok.

 

Penelitian Terbaru

 

Seandainya para ulamak tersebut tidak hanya terpaku pada naskah lama dan mengikuti perkembangan terbaru di Negara umat Islam yang agak maju, sudah tentu pandangan mereka berubah 360 darjah. Apalagi bila mereka membaca penelitian terbaru tentang lebih 200 jenis racun berbahaya terdapat dalam sebatang rokok, sudah pasti mereka beubah pandangan dan bersetuju rokok mendatangkan mudarat yang amat besar kepada penghisapnya dan orang di sekeliling. Malah mereka akan bersetuju dan menerima rokok bukan sekadar makruh akibat bau busuk mulut perokok tetapi haram, lantaran ia telah banyak meragut manusia. Statistik menunjukkan kadar kematian disebabkan menghisap rokok lebih tinggi daripada akibat peperangan dan kemalangan jalanraya.

 

Badan kesihatan dunia WHO melaporkan di Amerika, sekitar 346 ribu orang meninggal setiap tahun disebabkan rokok, dan tidak kurang dari 90% daripada 660 orang yang terkena penyakit kanser di salah satu rumah sakit Shanghai di Cina disebabkan rokok.

 

Penelitian juga menyebutkan 20 batang rokok sehari akan menyebabkan berkurangnya 15% hemoglobin, yakni zat asasi pembentuk darah merah.

 

Seandainya para ulamak mengetahui penelitian terakhir tentang rokok mengandungi lebih kurang 4.000 elemen-elemen dan setidaknya 200 di antaranya dinyatakan berbahaya bagi kesihatan, pastilah pandangan mereka akan berubah.

 

Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar adalah bahan hidrokarbon yang bersifat lekit dan melekat pada paru-paru. Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi saraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen dan mampu menyebabkan kanser paru-paru yang mematikan. Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.

 

Kesan racun pada rokok ini membuat penghisap asap rokok mengalami risiko 14 kali lebih besar kemungkinan terkena kanser paru-paru, mulut, dan tenggorokan berbanding mereka yang tidak merokok.

 

Perokok juga berkemungkinan 4 kali lebih besar untuk terkena kanser esophagus dari mereka yang tidak menghisapnya. Di samping mereka juga berisiko 2 kali lebih besar untuk terkena serangan jantung berbanding dengan yang tidak merokok.

 

Rokok juga meningkatkan risiko keparahan bagi penderita pneumonia dan jantung gagal serta tekanan darah tinggi. Menggunakan rokok dengan kadar nikotin rendah tidak akan membantu, kerana perokok cenderung menyedut asap rokok secara lebih keras, lebih dalam, dan lebih lama untuk mengikuti keenakan zat adiktif.

 

Tidak ada seorang pun yang menyangkal semua fakta di atas, kerana ia hasil penelitian ilmiah. Bahkan pengusaha rokok pun mengiakan hal tersebut, dan menuliskan pada kotak rokok amaran begini: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

 

Kalau pengeluar rokok sendiri sudah menyatakan bahaya produknya berbahaya dan mendatangkan penyakit, bagaimana mungkin perokok masih mau mengingkarinya?

 

Walau pun hampir jumhur para ulamak menghukumkan rokok sebagai haram ada ulamak yang menghukumkan harus dan memperincikan hokum tetapi tidak mewakili pandangan ulamak ramai. Di samping itu mereka juga kekurangan maklumat tentang kandungan rokok dan kesan kesihatan yang serius kepada perokok dan orang di sekeliling.

 

Secara ringkas diperturunkan pendirian beberapa ulamak terkemuka mengenai kedudukan rokok dalam Islam:-

 

 

1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok.

2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok.

 

3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok.

 

4. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wa’izh al-Hanafi condong kepada hukum
makruh.

 

5. Syeikh Abdul Ghani al-Nabilisi mengatakan Harus.

 

6. Syeikh Athiyah Saqr condong kepada pendapat yang memperincikan hukum
merokok.

 

Wallahu a’lam

 

Capaian berguna:

bk_tak-nak-merokok_bm.pdf

 

www.muslimaccess.com/articles/misc/smoking.asp
http://www.irfi.org/articles/articles_51(USD 67.05) _100/smoking_is_haram.htm
http://www.crescentlife.com/wellness/smoking_is_haram.htm
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543740
http://www.islamfortoday.com/syed08.htm
http://www.emro.who.int/Publications/HealthEdReligion/Smoking/Excerpts.htm
http://www.emro.who.int/Publications/HealthEdReligion/Smoking/Summary.htm
http://www.islamawareness.net/Smoking/mufti.html
http://www.daralislamlive.com/modules.php?name=Lectures&action=display_lecture&lecture_i

Excerpt 1

Berita Harian ( 19.07.2007 ) Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nordiyanah Hassan berkata daripada kajian yang dilakukan pihaknya mendapati 40.2 peratus golongan dewasa di negeri ini menghisap rokok. Terengganu ialah negeri tertinggi jumlah perokok di kalangan orang dewasa apabila hampir separuh daripada golongan itu terbabit dengan tabiat berkenaan.

Golongan remaja juga terbabit manakala ramai kaum wanita ketagih tembakau katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan Calvacade ” Jom Tak Nak Merokok ” peringkat negeri Terengganu.

Excerpt 2

Klinik henti merokok tak dapat sambutan

GEORGETOWN: Klinik Berhenti Merokok yang diperkenalkan di negara ini sejak lima tahun lalu tidak mendapat sambutan daripada perokok, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon.


Ia kerana, kementerian itu mendapati tidak sampai 20 peratus daripada kira-kira 4.6 juta perokok di negara ini mendaftar bagi mendapatkan nasihat dan kaunseling yang disediakan di klinik berkenaan.

Lee berkata, kementeriannya mendapati keadaan itu disebabkan kebanyakan perokok tidak tahu mengenai kewujudan klinik itu, malu untuk menyertai program kaunseling dan lebih teruk lagi, enggan berhenti merokok.

Akibatnya kata beliau, sasaran kementerian untuk mencapai 30 peratus perokok mendapatkan khidmat di klinik itu gagal dicapai.

“Sambutan terhadap klinik ini memang tidak begitu menggalakkan tetapi kementerian akan terus menggandakan kempen kesedaran ‘Tak Nak’ supaya perokok berhenti daripada tabiat tidak sihat ini,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas melancarkan Ops Tak Nak di Sekolah Menengah Kebangsaan Cina (SMKC) Sacred Heart di Balik Pulau, semalam.

Kerajaan memperuntukkan RM7 juta bagi melaksanakan kempen antimerokok secara lebih agresif dalam usaha mengurangkan jumlah perokok yang kini mencecah 4.6 juta orang.

Hampir 50 peratus lelaki Malaysia merokok, iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding peratus perokok di negara maju seperti Amerika Syarikat (35 peratus) dan United Kingdom (38 peratus).

Daripada jumlah itu lapan peratus adalah golongan remaja.

Kerajaan melancarkan kempen ‘Tak Nak’ pada 2004 untuk menyedarkan rakyat mengenai bahaya tabiat merokok.

Lee berkata, trend merokok di kalangan remaja terutama pelajar bawah 18 tahun kini amat membimbangkan kerana jumlahnya meningkat setiap tahun.

Katanya, Kaji Selidik Tembakau Belia Global mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 hingga 15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.

Berikutan itu, Kempen Ops Tak Nak kini akan diperhebatkan di sekolah termasuk merujuk pelajar merokok ke Klinik Berhenti Merokok untuk ‘rawatan’.

“Guru pula akan terus membuat pemeriksaan mengejut dan rambang di setiap kelas untuk mengesan pelajar membawa rokok ke sekolah dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.

“Pegawai Jabatan Kesihatan juga akan diarah membuat pemeriksaan di warung dan kompleks beli-belah yang menjadi tempat pelajar melepak untuk memberi nasihat atau denda terhadap mereka yang merokok di tempat awam,” katanya.

Sumber: Berita Harian ( 4 Okt 2006)

 

Advertisements

Makanan Segera Membahayakan Kesihatan

Sedikit Renungan

Tahukah anda kebanyakan restoren makanan segera melalui kaedah penggorengan (fry atau deep fry) macam KFC, McDonald dan sewaktu dengannya menggunakan minyak yang mengandungi trans-fat??

Trans-fat menyumbang kepada kegemukan/obesity malah boleh menyumbatkan saluran darah yang boleh menyebabkan sakit jantung. Ia juga menambahkan paras kolestrol tidak baik (bad LDL) yang menjadi punca kepada pelbagai kecelaruan kesihatan termasuk serangan sakit jantung dan kanser. Walaupun usaha dilakukan untuk mengurangkan penggunaan minyak yang lebih sihat (sudah tentu lebih mahal!!!) tetapi mereka masih tidak dapat membuang minyak hydrogenated kononnya tiada pilihan.

Meskipun begitu membuang lemak trans tidak bermakna makanan goring segera akan menyihatkan kerana ia masih mengandungi acrilamid (acrylamides) suatu bahan kimia beracun yang terhasil semasa masakan ‘high heat’ yang boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser. Jadi bagaimana dengan goring pisang yang menggunakan minyak yang diguna berulangkali lebih dari tiga kali (sudah tentu!!) yang menjadi kegemaran abuyya dan juga anda?? Marilah kita mengubah cara memasak kita..biasakan dengan masakan yang kurang berminyak!!

DIANGGARKAN setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak pemakanan tinggi kolesterol dan kurang bersenam adalah pemangkin utama selain faktor salasilah keluarga yang mempunyai penyakit jantung.

Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Haizal Haron Kamar, berkata statistik menggerunkan itu secara tidak langsung menunjukkan setiap individu berpotensi menghidap penyakit ini tetapi masih belum terlewat untuk mengambil langkah pencegahan.

Beliau berkata, biarpun jantung manusia hanya sebesar segenggam tangan orang dewasa, ia organ terpenting dan sentiasa bekerja keras sepanjang masa bagi mengepam darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh malah jika fungsinya terganggu keseluruhan sistem badan akan terjejas.

“Jantung manusia berdenyut 70 kali setiap minit atau 140,000 kali sehari. Kepentingan jantung tidak boleh diambil mudah.

“Antara penyakit jantung adalah kardiovaskular merujuk masalah jantung dan saluran darah apabila kedua-duanya gagal berfungsi dengan baik. Jantung koronari pula berlaku apabila saluran yang membekalkan darah ke jantung dan otak (arteri) tersumbat atau rosak.

“Semua gejala ini mungkin tidak disedari namun bukan bermakna ia berlaku secara tiba-tiba. Pada masa sama masih ramai membuat tanggapan diri terhindar dari penyakit itu dengan alasan ibu bapa mereka bukan pesakit jantung. Biar apa jua alasan, kesedaran dan
tahap kesihatan perlu ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata, jika melihat semula statistik, penyakit jantung adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurangan sejak dua dekad lalu.

Malah, katanya kematian disebabkan penyakit ini lebih tinggi berbanding kanser dan wanita juga perlu berwas­pada, barah bukan lagi pembunuh utama, sebaliknya penyakit jantung.

Walaupun ramai beranggapan penyakit ini tiada simptom, Haizal berkata, ciri umum yang mudah dikenal pasti bagi menilai tahap kesihatan jantung individu ialah mudah lesu, dada terasa sesak hingga menghadapi kesukaran bernafas, aktiviti semakin terhad serta buku lali membengkak.

Jika individu mempunyai tanda begini khususnya perokok, mereka perlu segera mendapatkan pemerik­saan. Biarpun jika selepas pemeriksaan ia bukan disebabkan jantung berma­salah, individu terbabit masih perlu mengutamakan kesihatan kerana ia mungkin petanda awal penyakit lain.

“Sebarang masalah kesihatan perlu dirujuk kepada mereka yang arif. Setiap perubahan mendadak berkaitan tugasan jantung boleh memberi reaksi kepadanya.

“Sebagai contoh, jika tekanan darah naik, bermakna jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan dan ini bermakna jantung yang bekerja daripada sepatutnya akan menyebabkan kegagalan jantung. Justeru, perubahan tekanan darah harus diawasi,” katanya.

Mengenai atherotrombosis atau darah membeku di atas plak iaitu lapisan lemak di dinding salur darah yang pecah, pembekuan menyekat pengaliran darah seterusnya mengakibatkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).

Katanya, atherotrombosis adalah penyebab kematian utama di negara ini dengan statistik sebanyak 28 peratus kematian yang dilihat lebih tinggi berbanding kanser atau penyakit berjangkit lain. Masalah lain berkaitan jantung adalah strok iskemia (aliran darah yang tidak mencukupi ke otak), serangan jantung, sindrom koronari akut dan kerosakan pembuluh darah.

Haizal berkata, walaupun setiap individu berpotensi menghadapi masalah ini, situasi berkenaan masih boleh diubah. Bagi penyakit jantung, terdapat dua faktor risiko iaitu aspek yang boleh dikawal manakala faktor lain adalah yang tidak boleh diubah iaitu jantina, usia, bangsa dan genetik.

Bagi faktor jantina, usia, bangsa dan sejarah keluarga, lelaki berumur melebihi 45 tahun atau wanita berumur melebihi 55 tahun yang mempunyai sejarah keluarga diserang sakit jantung mempunyai potensi besar. Begitupun, belum terlewat jika mereka terus mengamalkan gaya hidup sihat.

Antara faktor yang mampu dikawal sendiri oleh individu pula ialah tahap kencing manis, paras kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kekurangan aktiviti fizikal atau bersenam, menghadapi masalah berat badan berlebihan dan obesiti, pola pemakanan tidak seimbang serta merokok.

“Sering juga dikejutkan dengan kematian pada usia muda. Perlu diingat, serangan jantung tidak mengenal usia. Faktor genetik harus diberi perhatian. Walau apa pun alasan, soal pemakanan dan aktiviti riadah tidak boleh dipandang ringan. Kaedah pencegahan terbaik ialah mengurangkan berat badan berlebihan melalui amalan pemakanan seimbang dan senaman konsisten.

“Tempoh menjalani ibadah berpuasa ini juga boleh digunakan untuk kembali semula ke bentuk badan yang menyihatkan. Sambil beribadah, kita dapat mengurangkan lemak atau kolesterol berlebihan yang memudaratkan kesihatan. Setiap individu pula harus mempunyai tahap kesedaran sendiri dengan bertemu doktor,” katanya.

Fakta: Individu yang harus segera dapatkan pemeriksaan doktor

  • Lelaki berumur 35 tahun ke atas dan perempuan berumur melebihi40 tahun.
  • Mengalami masalah berat badan berlebihan (tujuh kilogram dan lebih
    berbanding berat badan unggul).
  • Mempunyai keraguan terhadap status kesihatan diri sendiri.
  • Ada sejarah keluarga yang menghidap sakit jantung.
  • Tidak pernah bersenam atau tidak bersenam secara tetap.

Kita Berhadapan dengan Bahaya Pemakanan Alaf Baru

Assalamualaykum dan Selamat Siang!! (..DENGAN IZIN...saya guna bahasa rojak dalam tulisan berikut, …. )


Adakah anda tahu 7 ingredien (bahan makanan) berbahaya mungkin digunakan dalam makanan yang anda mungkin beli dari mana-mana kedai runcit dan segala jenis..market (maksud abuyya super market, hyper market dsbnya). Abuyya mengistilahkannya sebagai 7 pembunuh yang boleh menyebabkan penyakit jantung, migrain, kegemukan, food cravings melampau, osteoporosis, diabetes dan juga kecacatan kelahiran.


Ingredien 3 teratas dalam penemuan penyelidikan didapati:-


Minyak Hydrogenated — menyebabkan heart disease, deficiensi nutrition, pengurangan menyeluruh kesihatan selular dan banyak lagi. Digunakan dalam biskut, crackers, majerin, produk dairy dan kebanyakan “manufactured” foods bertujuan memerap minyak dalam makanan tersebut untuk lebih jangka hayat, kadang-kadang dikenali sebagai lemak plastik.

Sodium nitrite — menyebabkan cancer, dijumpai dalam daging yang diproses seperti hotdog dan sosej bertujuan menjadikan daging nampak kemerahan (a color fixer chemical).

Excitotoxins — aspartame, monosodium glutamate dll. Ini adalah additif ‘neurotoxic chemical’ secara langsung merosak sel-sel saraf, ‘over exciting’ saraf sehingga sel mati mengikut pandangan pengamal perubatan. Ia didapati dalam minuman diet dalam tin, sup bertin, salad dressing, sosej breakfast dan makanan vegetarian yang dikilang bertujuan menambah rasa pada makanan.

Q???? the truth that food companies will never admit to and the mainstream media will never print (because they receive advertising funds from food companies, of course!).

Terdedahlah dan perincian yang cukup memeranjatkan, manakah satu bahan makanan yang mekompromi kesihatan anda (bagaimana ia dilakukan).  Berdasarkan kajian melibatkan ribuan jam, komen para doktor terkenal, penulis dan pakar pemakanan seluruh dunia, Abuyya akan memberitahu anda keadaan sebenar makanan atau penjual (tak kiralah siapa mereka), insyaAllah dengan maklumat luar atau dalam negara seperti PPIM untuk anda memilih cara hidup sihat dengan maklumat terkini.  Walaupun begitu maklumat yang Abuyya kemukakan perlu ditapis kesahihannya demi kebaikan bersama.  Yang penting, PILIHAN ADALAH HAK KITA!!!


ADAKAH ANDA TAHU, sebagai contoh:-

  • menyediakan hotdog kepada kanak-kanak boleh mendedahkan mereka kepada risiko barah otak dengan kadar 300%?
  • Strawberry yogurt, fruit punch dan lain-lain produk ‘red-looking’ diwarnakan dengan ‘dead, ground-up cochineal beetles?’ Ingredien ini dinamakan sebagai “carmine,” (dibuat dari serangga). Tersenarai dalam bahan kebanyakan makanan kegemaran.
  • Syarikat Pemakanan menyembunyikan ‘MSG’ (Mono Sodium Glutamate) di sebalik nama selamat seperti ekstrak yeast atau trola yeast.
  • Kebanyakan buah limau/oren direndam dalam dye tiruan berwarna oren untuk menjadikannya nampak menarik yang mana dye yang sama diharamkan diguna dalam makanan yang boleh membawa kepada risiko barah.
  • Sebahagian biskut terutamanya imported cookies masih diadun dengan hydrogenated oils yang mengandungi trans fatty acids?
  • Kebanyakan makanan disifatkan “healthy” atau vegetarian foods mengandungi ingredienal yang terlarang.
  • Memakan satu hidangan daging yang diproses setiap hari mengundang risiko barah pankreas dengan kadar 67%?
  • Satu additif pewarna tiruan boleh menyebabkan kecelaruan tingkah laku di kalangan kanak-kanak dan 80% kanak-kanak yang didiagnos dengan ADHD boleh disembuhkan dalam masa 2 minggu dengan mengenepikan sesetengah ingredien?
  • Ingredien no.1 dalam shake (debu) untuk pemakanan kurus badan secara cepat (sebahagiannya) sebagai gantian makanan adalah gula?

Semua yang saya kongsikan dengan anda adalah benar.  Ia amat memeranjatkan tetapi maklumat ini perlu untuk anda tahu jika anda ingin menyuap mulut anda-keluarga anda-makanan yang memberikan kesihatan bukannya penyakit.

Satu Lagi Penemuan!!!!!!!!

Kedudukan Sebenar ‘metabolic disruptors’

Hampir semua penyakit zaman moden adalah disebabkan oleh apa yang Abuyya ‘terma’kan sebagai “metabolic disruptors.” Di sana terdapat gandum dan gula yang menjadi ‘pengganggu’ disebabkan ia adalah makanan yang diproses…bermakna kebanyakan produk dalam pasaran menyumbang kepada kesihatan yang kurang baik. Akan tetapi sekiranya anda tahu apa yang anda cari, mungkin anda akan mengisi bakul atau cart anda dengan makanan yang akan membantu anda hidup sihat, insyaAllah.


Anda memerlukan maklumat seperti ini bagi membuat pilihan membeli belah secara sihat di kedai runcit, super market, hyper market dan yang sewaktu dengannya. Anda akan mengetahui bahan-bahan yang ada kaitan dengan punca penyakit dan juga mengenai nutrien penting yang boleh mencegah dan ‘reverse’ penyakit kanser, penyakit jantung, kencing manis, kegemukan dan penyakit ‘degenerative’ lain.

  • Manakah ‘ingredien’ biasa boleh merosakkan sistem cardiovascular dan menyumbang kepada penyakit jantung di samping merosakkan sel-sel otak
  • Mengapa sebahagian dari minuman atau RTD (ready to drink) dikaitkan dengan kecacatan mata dan kebutaan,  dementia, Alzheimer dan kecelaruan tingkah laku.
  • Adakah wujud bahan makanan yang digunakan di Malaysia sebagaimana satu bahan makanan di Amerika telah meragut nyawa 30,000 orang Amerika setiap tahun (berdasarkan penemuan) tetapi bahan tersebut masih sah digunakan angkara politik industri makanan dan pengaruh penguatkuasa persekutuan di US.
  • Bagaimana pembuat/pengilang makanan mengubahsuai lemak asli dan menukarkannya menjadi bahan pendorong penyakit.
  • pemanis tiruan yang digunakan, apakah ia penyelesai atau menjadi punca baru penyakit.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan “homogenized” dalam produk susu dan bagaimanakah kedudukan sebenar yang memeranjatkan ini apabila lemak makanan tenusu jadi ancaman kesihatan
  • bagaimana memulihkan osteoporosis dan lain-lain kecelaruan tulang melalui pemakanan dan perubahan gaya hidup yang mencipta tulang ‘high density’ di seluruh tubuh anda.
  • Keadaan sebenar di sebalik ‘margarine scam’.
  • Penggunaan minyak asli seperti minyak kelapa yang semakin dipinggirkan di kalangan orang Malaysia seperti Virgin Coconut Oil (Minyak Kelapa Dara), yang cukup banyak khasiatnya membina fungsi otak dan menyelesai masalah kegemukan. Minyak kelapa dara mempunyai asid laurik yang tinggi dan cukup berkhasiat…insyaAllah info mengenai minyak ini akan dimasukkan dalam laman ini….tunggu!!


Kembali kepada isu bahan “tersembunyi”

Oleh itu bagaimana sebahagian syarikat pemakanan berjaya menyembunyikan additif perasa atau ‘excitotoxins’ dalam makanan keluaran mereka. Cukup mudah…..guna nama lain untuk mengelirukan pelanggan atau pengguna….yang penting mengaut keuntungan tanpa memikirkan akibatnya.  Apabila pelanggan menyedari bahaya ‘MSG’/ monosodium glutamate,pengilang/pengeluar gunakan nama ‘ekstrak yeast/ragi’. Nama lain yang digunakan termasuk:

� Autolyzed vegetable protein
� Hydrolyzed vegetable protein

� Calcium caseinate

� Sodium caseinate

� Textured protein



Trik (trick) Susunan “stacking” Bahan (ingredien)


Mereka juga menggunakan elat untuk mengabui mata pengguna. Sebagai contoh, sekeping coklat yang penuh dengan gula disusun letak bahannya seolah-olahnya kandungan utama ialah beras.  Cuba perhatikan label: yang mana bahan lain adalah juga bersumberkan gula:

� Gula
� Sukros
� High-fructose sirap jagung
� Sirap Jagung solids
� Dekstros


Campur semua itu, komponen #1 dalam kepingan coklat berkenaan sebenarnya gula atau sugary substances.

Tetapi mereka meletakkan beras sebagai ingredien utama….sebenarnya gulalah ingredien utama. Ia suatu teknik bijak yang tidak amanah menggunakan kaedah label. INGAT!!! lagi panjang senarai ingredien lagi kurang sihat makanan berkenaan. Sila baca bahan yang digunakan pada label sebelum anda membeli apatah lagi kalau ada nama jenis chemical yang sukar anda ucapkan….nasihat saya JANGAN BELI. Pilihan adalah hak anda.

Jagalah sihatmu sebelum sakitmu.

ABUYYA & DR.YUZO