Weblog Abuyusoef aka Abuyya

Just another WordPress.com weblog

Puasa Secara Umum

Firman Allah s.w.t

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

 

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Al-Baqarah : 183)

 

Pengertian Puasa

 

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

 

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-‘Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

 

  1. Puasanya orang awam (shaum al-‘umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa ‘hati nurani’, iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

 

 

Hukum Puasa

 

Berpuasa pada bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar.

 

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

 

  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa Isnin dan Khamis
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 tiap-tiap bulan

Tempoh haram puasa merupakan tempoh tertentu yang umat Islam dilarang (diharamkan) berpuasa.

 

 

Syarat Wajib Puasa

 

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

 

  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.

Syarat Sah Puasa

 

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

 

  • Orang Islam
  • Mumayyiz (tahu membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Sempurna akal fikirannya pada hari itu
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun Puasa

 

Rukun puasa ada dua, iaitu:

 

  • Berniat pada malam harinya
  • Imsak (menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari).

Sunat Puasa

 

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

 

  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang Membatalkan Puasa

 

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

 

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.

Orang yang Diizinkan Berbuka

 

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

 

  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan)
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Pautan Untuk Bacaan Lanjut

No comments yet»

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: