Weblog Abuyusoef aka Abuyya

Just another WordPress.com weblog

Fadhilat Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang
belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut
daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah
daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar
(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari
dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba
bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala
halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu
.”
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak
menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan
pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan
(orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-
sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah
itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi
selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah
menyempurnakan tugasnya.”
    

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang
:

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah
ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat,
mengampuni dosa-dosa kamu,memakbulkan doa-doa kamu, melihat
di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar
dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka
tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya
orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada
rahmat Allah pada bulan ini.

Hadith 3

Abu Sa’id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka
wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka.
Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya
pasti akan diterima
.”

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa
daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa;
imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana
doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka
untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku
bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti
menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas
mereka yang memakan sahur.

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

Barang siapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan
tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat,
tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut
walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.


No comments yet»

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: