Weblog Abuyusoef aka Abuyya

Just another WordPress.com weblog

Soalan berikut pernah ditanya kepada Al-Fadhil As-Syeikh `Atiah Saqr, Ketua Lembaga Fatwa Al-Azhar As-Syarif, Mesir:-

 

Soalan: Sebahagian orang mengatakan melafazkan صدق الله العظيم selepas membaca atau mendengar Al-Qur’an adalah bid`ah dan tidak harus mengucapkannya. Adakah ucapan seperti ini benar ataupun tidak?

Jawapan Syeikh: “Aku telah mengingatkan masyarakat umum agar tidak terlalu tergesa-gesa menyifatkan sesuatu yang tidak berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W dan sesuatu yang tidak disyariatkan sebagai bid`ah.

Mengucapkan صدق الله العظيم selepas membaca atau selesai mendengar Al-Qur’an bukan bid`ah yang dikeji, kerana tidak ada tegahan dan larangan yang khusus manakala berzikir dan menyebut nama Allah Ta`ala adalah perkara yang amat dituntut dan banyak kali diperintahkan di dalam Al-Qur’an dan Hadis. Di samping itu para ulamak telah bersepakat bahawa membaca صدق الله العظيم setelah selesai membaca atau mendengarnya adalah termasuk dalam adab-adab membaca Al-Qur’an dan sekiranya dibaca di dalam solat maka tidaklah membatalkan solat itu. Sighah ini juga dinukilkan di dalam Al-Qur’an dan lafaz صدق الله العظيم merupakan kata-kata orang mukmin ketika peperangan. Amati ayat 95 dari Surah Ali Imran berikut:-

Allah berfirman,

قل صدق الله فاتبعوا ملة إبراهيم حنيفا

“Katakanlah (wahai Muhammad) benarlah (segala yang difirmankan) Allah Ta`ala, Maka ikutilah oleh kamu akan Agama Nabi Ibrahim yang lurus.”

Dan ayat 22 dari Surah Al-Ahzab,

ولما رأى المؤمنون الأحذاب قالوا هذا ما وعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله

“Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan (yang bersekutu) itu, mereka berkata, ” inilah yang dijanjikan Allah Ta`ala dan Rasul-Nya (kemenangan) kepada kita ” Dan benarlah Allah Ta`ala dan Rasul-Nya.”

Imam Qurtubi r.a dalam muqadimah tafsirnya menyatakan, sesungguhnya Imam Al-Hakim Turmizi telah menyebutkan antara adab-adab membaca Al-Qur’an ialah melafazkan صدق الله العظيم ataupun lafaz yang mempunyai sama maksud dengannya sama ada setelah selesai membaca mahupun mendengarnya.

Adalah suatu kemuliaan yang tinggi terhadap Al-Qur’an apabila menamatkan bacaannya dengan lafaz benarlah firman-firman Allah Ta`ala dan lafaz penyaksian bahawa baginda Rasulullah telahpun menyampaikannya. Contoh lafaz tersebut adalah:-

صدق الله العظيم وبلَّغ رسوله الكريم

Juga dinukilkan lafaznya adalah:-

صدقت ربنا ولَّغت رسلك ونحن على ذلك من الشاهدين, اللهم اجعلنا من الشهداء الحق القائمين بالقسط

Disertai memohon doa kepada Allah Ta`ala.

Dalam Feqah mazhab empat yang telah dikeluarkan oleh Majlis Wakaf Mesir أوقاف مصر) ) menyebut Mazhab Imam Hanafi berpendapat sekiranya ada orang yang bersembahyang menyebut tasbih seperti contoh صدق الله العظيم maka solatnya itu tidaklah terbatal jika bermaksud untuk memuji, zikir atau tilawah. Mazhab Imam Syafi`e pula berpendapat ucapan صدق الله العظيم didalam solat tidaklah membatalkan solat itu secara langsung.

Setelah kita meneliti permasalahan ini jelaslah ungkapan صدق الله العظيم adalah dituntut ke atas kita membacanya demi menjaga adab-adab membaca Al-Qur’an. Oleh yang demikian, bagaimana boleh ada segelintir orang yang mendakwa membaca صدق الله العظيم adalah bid`ah? (Memetik kata-kata Ketua Lembaga Fatwa Al-Azhar As-Syarif, Mesir. Syeikh `Atiah Saqr beliau tegas mengatakan “Aku mengulang sekali lagi amaran kepada umat Islam agar tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan hukum-hukum permaslahan Feqah sebelum memastikan kebenarannya.)

Firman Allah Ta`ala:-

ولا تقولوا لما تصف ألسنتكم الكذب هذا حلال وهذا حرام لتفتروا على الله الكذب إن الذين يفترون على الله الكذب لا يفلحون

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ” ini halal dan ini haram “, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah Ta`ala. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah Ta`ala tidak akan beruntung.” (Surah An-Nahl: 116).

No comments yet»

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: