Weblog Abuyusoef aka Abuyya

Just another WordPress.com weblog

Khinzir (babi) antara kesucian dan kemegahan!

Petikan dari akhbar Harian Metro

 

SEMAKIN ramai pengguna Islam di negara ini menghadapi masalah mengenal pasti sama ada barangan kulit yang dibeli adalah bukan kulit babi atau sebaliknya.

 

Kekeliruan itu timbul sejak kesedaran umat Islam di negara ini berkaitan isu halal dan haram semakin memuncak terutama selepas mendapati umat Islam di negara ini semakin tertipu dengan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mencemarkan imej Islam.

 

Penggunaan barangan kulit termasuk beg tangan, dompet, kasut, jaket dan tali pinggang, sudah bertahun-tahun wujud di negara ini dan umat Islam juga tidak ketinggalan menikmati keselesaan dan kecantikan barangan berunsurkan haiwan itu.

 

Bagaimanapun, kekeliruan sama ada barangan kulit diperbuat daripada babi atau lembu atau biri-biri dan sebagainya sebenarnya bukan saja semakin memeningkan pengguna, tetapi pihak menjalankan kajian berkaitan barangan itu seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

 

Ikuti kupasan wartawan Harian Metro AHMAD SHAHRUL NIZAM MUHAMMAD dan SHARIFAH SALWA SAYED HASSAN berkaitan isu berkenaan selepas kajian dan temubual dijalankan.

 

KUALA TERENGGANU: Tahukah anda kulit babi asli mempunyai permukaan tiga lubang kecil membentuk segitiga halus yang sukar dilihat jika tidak diamati secara teliti.

 

Kulit haiwan terbabit berwarna coklat cerah dan ada jalur halus, manakala lubang tiga itu rapat antara satu sama lain.

mvc015sig71.jpg

Temubual Harian Metro dengan beberapa penjual kasut ‘bundle’ mendapati ia jenis kulit yang cukup lembut tetapi sensitif menyebabkannya mudah terkoyak dan lazimnya ia dijadikan alas dalam bagi produk kulit.

 

Bagi produk kasut kulit, kulit babi digunakan sebagai alas bahagian dalam seperti kasut ‘lagend’ termasuk untuk menunggang kuda dan mengembara serta kasut kulit lelaki, wanita dan kasut sukan.

 

Produk daripada kulit haiwan itu selalunya mahal kerana kelembutan permukaannya menjadikannya selesa dipakai.

 

Bagaimanapun, produk kulit haiwan lain yang lebih lasak digunakan di bahagian luar seperti kulit lembu, biri, kijang, rusa, buaya dan sebagainya.

 

Peniaga kasut ‘bundle’, Hobali Mat Hussin, 42, berkata bukan mudah bagi orang biasa mengenal pasti sesuatu produk kulit itu menggunakan kulit babi atau kulit haiwan lain jika tidak pernah melihatnya.

 

Bagaimanapun, katanya, kulit babi boleh dikenali apabila mengamati kulit itu sendiri yang tertera tiga lubang kecil membentuk segitiga yang banyak di atas kulit itu.

 

“Banyak produk kulit babi berjenama mahal dijual secara berleluasa di pasaran terutamanya di pusat beli-belah dan toko kasut terkenal.

 

“Ini bukan perkara baru tetapi sikap pengguna hanya mementingkan keselesaan tanpa mengambil kira jenis kulit haiwan yang digunakan,” katanya yang sudah lebih enam tahun menjalankan perniagaan itu. Bagaimanapun, katanya, ramai pengguna yang tertipu kerana menyangka kasut dijual tidak menggunakan kulit babi kerana tidak

 

ada label mengenai jenis kulit yang digunakan.

 

Seorang lagi, peniaga kasut ‘bundle’, Hazimin Ismail, 31, berkata kulit babi biasa digunakan di bahagian dalam kasut atau barangan kulit lain.

 

Menurutnya, jenis kulit babi yang lembut itu menyebabkannya ia sesuai diletakkan di bahagian dalam dan sukar untuk mengenalinya jika tidak mengetahui corak khas pada kulit itu.

 

“Bagi saya dan rakan penjual lain, kami memang sudah dibekalkan dengan pengetahuan mengenai cara mengenal pasti kulit babi daripada rakan berbangsa Cina.

 

“Jika ada kasut ‘bundle’ yang diimport menggunakan kulit babi kami akan memulangkannya semula bagi mengelakkan kerugian,” katanya.

 

Hazimin berkata, mustahil bagi pengeluar kasut mencipta lubang sekecil itu kerana ia sesuatu yang rumit.

 

Malah, katanya, dia percaya jika barang kulit ada mempunyai lubang tiga memang ia boleh dikategorikan kulit babi.

 

“Kulit babi pada asalnya berwarna coklat cerah tetapi boleh berubah selepas di warna tanpa menghilangkan tiga lubang segitiga itu,” katanya yang juga seorang bekas penuntut kolej di ibu kota .

 

Seorang lagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Abu, 40, berkata bagi mereka yang arif, tidak sukar untuk mengenal pasti jenis kulit haiwan yang digunakan, malah, boleh mengenal pasti dengan sekali lihat saja.

 

Menurutnya, ada antara penjual kasut yang boleh mengenal pasti sama ada kulit yang digunakan kulit babi atau tidak.

Komen Abuyya:

Itulah sedikit pengenalan sebelum kita membicarakan tentang keharaman babi dan bagaimana pengeluar barangan makanan dan pakaian dengan penggunaan Kod ‘E’. InsyaAllah penulisan akan datang membicarakan tentang kod E dan sebab pengharaman daging makhluk berkenaan dalam Islam.

Abuyya 

No comments yet»

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: