Weblog Abuyusoef aka Abuyya

Just another WordPress.com weblog

Arkib untuk Ogos, 2007

Ramadhon bulan persiapan untuk berhijrah

Oleh: Abuyusoef Al-Maranji

 

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan. Hayya Ya Ramadhan. Di sisi Allah Puasa Ramadhan merupakan suatu ibadah yang begitu istimewa sehinggakan nilaian ganjarannya ditentukan olehNya mengikut kehendaknya tidak sama dengan amalan ibadah yang lain. Abu Hurairah RA berkata Nabi SAW bersabda: ِAllah berfirman:

 

كل عملابن ادم له الا الصيام فانه لي وانا اجزي به والصيام جنة

 

(Kullu ‘amalibni A-dam lahu illas siyam, fainnahu li wa ana ajzee bihiwas siyaamu junnatun) yang bermaksud: Semua amalan anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa, maka sesungguhnya Puasa adalah untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa itu suatu perisai…. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Mungkin ada orang berkata agak terlalu awal untuk berbicara pasal Ramadhon. Tidak! Tidak sama sekali bagi orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kerana mereka sentiasa menunggu setiap Ramadhon dengan penuh harapan dan kasih sayang. Meskipun hanya 2 minggu lagi saat ketibaan Ramadhon, kita tidak boleh terlalu yaqin yang kita akan bertemu dengan Ramadhon. Entah-entah nama kita tersenarai dalam mereka yang akan dipanggil oleh Allah. Ya Allah ketemukanlah kami dengan Ramadhon lagi, bulan yang penuh rahmat, maghfiroh dan bulan yang memberi peluang kepada kami untuk berdoa dibebaskan dari api neraka (’itqun minannar).

 

Dalam satu hadis lain dari Sahl bin Saad RA yang meriwayatkan Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya di syurga ada pintu masuk bernama Ar-Royyan, tempat masuk orang yang berpuasa…”

 

Sekiranya Ramadhon kali ini yang pertama bagi saudara baru (converts), inilah peluang untuk anda melatih diri berpuasa. Memang bulan Ramadhon merupakan bulan latihan/tarbiyyah bagi Muslim dengan harapan menjadi seorang yang bertaqwa. Tidak dinafikan setiap kita mempunyai kelemahan dan kita terpaksa melupakan amalan secawan kopi atau sepotong rokok di pagi hari ketika puasa bermakna meninggalkan atau mengurangkan pengambilan kafein atau nikotin. Alangkah baiknya kalau kita dapat meninggalkan terus pengambilan nikotin (rokok) hasil dari tuntutan Ramadhon meninggalkan yang haram atau paling tidaknya makruh tahrim (makruh yang dilarang). Ya…berpuasa dan meninggalkan menghisap rokok…boleh dijadikan sebagai azam berhijrah meninggalkan perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga Majlis Fatwa Dunia-rokok adalah haram.

 

Bukanlah maksud saya untuk menjadi pemfatwa dengan nada ‘ha za halalun wa ha za haromun’ kerana saya bukan mufti tetapi lebih kepada melihat kedudukan amalan merokok yang tidak siapa yang menafikan ia suatu amalan yang tidak baik…

 

 

 

HIMPUNAN FATWA HARAM MEROKOK

 

Fatwa Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

 

Merokok haram hukumnya berdasarkan makna dari zahir ayat Al-Qur’an dan As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar. Allah berfirman (yang bermaksud), “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195).

 

Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu. Wajhud dilalah (aspek pendalilan) dari ayat di atas bermaksud merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.

 

Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadis sahih dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam bahwa beliau melarang membazirkan harta. Makna membazirkan harta adalah memperuntukkannya kepada hal-hal yang tidak bermanfaat. Sebagaimana dimaklumi bahwa memperuntukkan harta dengan membeli rokok adalah termasuk pengperuntukan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan peruntukan harta kepada hal-hal yang mengandung kemudaratan.

 

Dalil yang lain, Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, “Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.” (HR. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).

 

Jadi, menimbulkan bahaya (dharar) adalah ditiadakan (tidak berlaku) dalam syari’at, baik bahayanya terhadap badan, akal, ataupun harta. Sebagaimana dimaklumi pula merokok adalah berbahaya terhadap badan dan harta.

 

Adapun dalil dari iktibar (logik) yang benar yang menunjukkan keharaman rokok adalah kerana dengan perbuatan itu perokok mencampakkan dirinya ke dalam hal yang menimbukan bahaya, rasa cemas, dan keletihan jiwa. Orang yang berakal tentu tidak rela hal itu terjadi pada dirinya sendiri. Alangkah tragisnya keadaannya, dan demikian sesaknya dada si perokok bila tidak menghisapnya. Alangkah berat ia melakukan puasa dan ibadah-ibadah lainnya kerana hal itu menghalagi dirinya dari merokok. Bahkan, alangkah berat dirinya berinteraksi dengan orang-orang saleh kerana tidak mungkin mereka membiarkan asap rokok mengepul di hadapan mereka. Oleh itu anda akan melihat perokok demikian tidak selesa bila duduk dan berinteraksi dengan orang-orang saleh.

 

Semua iktibar itu menunjukkan merokok hukumnya diharamkan. Oleh itu, nasihat saya untuk saudara-saudara kaum muslimin yang masih didera oleh kebiasaan menghisap rokok agar memohon pertolongan Allah dan tekad untuk meninggalkannya. Ini kerana di dalam tekad yang tulus disertai dengan memohon pertolongan Allah, mengharap pahala dari-Nya dan menghindari siksaan-Nya, semua itu adalah amat membantu di dalam usaha meninggalkan hal tersebut.

 

Jawapan Atas Berbagai Dalihan

Jika ada orang yang berdalih, “Sesungguhnya kami tidak menemukan nas, baik di dalam kitabullah ataupun sunnah Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam perihal haramnya rokok.”

 

Maka, jawapan atas kenyataan ini kita nyatakan nas-nas Al-Qur’an dan sunnah terdiri dari dua jenis;
1. Jenis yang dalil-dalilnya bersifat umum seperti Adh-Dhawabith (ketentuan-ketentuan) dan kaedah-kaedah yang mencakup perincian yang banyak sekali hingga hari kiamat.
2. Jenis yang dalil-dalilnya memang diarahkan kepada suatu itu sendiri secara langsung.

 

Bagi jenis pertama, ayat Al-Qur’an dan dua hadis yang kami sebutkan di atas yang menunjukkan keharaman merokok secara umum meskipun tidak diarahkan secara langsung kepadanya. Manakala bagi jenis kedua, ialah fiman Allah (yang bermaksud), “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah.” (Al-Maidah: 3).

 

Dan firman-Nya, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamr, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dari amalan syaitan. Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu.” (Al-Maidah: 90).

 

Jadi, baik nas-nas itu termasuk jenis pertama atau kedua, ia bersifat keharusan bagi semua hamba Allah kerana dari sisi pengambilan dalil menunjukkan hal itu.

 

Sumber: Program Nur ‘alad Darb, dari Fatwa Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin, dari kitab Fatwa-Fatwa Terkini 2.

 

Syeikh Muhammad bin Ibrahim

 

Rokok haram kerana di dalamnya ada racun. Al-Qur’an menyatakan, “Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran).” (al-A’raf: 157). Rasulullah juga melarang setiap yang memabukkan dan melemahkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah ra. Merokok juga termasuk melakukan pembaziran yang tidak bermanfaat. Selanjutnya, rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada jamaah solat.

 

 

 

 

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab

 

Rokok haram kerana melemahkan dan memabukkan. Dalil nas tentang benda memabukkan sudah cukup jelas. Hanya saja, penjelasan tentang mabuk itu sendiri perlu penyesuaian.

 

Ulamak Mesir, Syria, Saudi

 

Rokok haram iaitu terlarang, dengan alasan membahayakan. Di antara yang mendokong dalil ini ialah Syeikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby dan Syeikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry as-Syafi’i dari Syria, dan ulamak Mekkah Abdul Malik al-Ashami.

 

Dr Yusuf Qardhawi

 

Rokok haram kerana membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya ‘Halal & Haram dalam Islam’. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah. Qardhawi menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk membazir masa dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak memerlukan.

 

SyariahOnline.com

 

Keharaman rokok tidaklah berdasarkan sebuah larangan yang disebutkan secara mutlak dalam nas Al-Quran Al-Kariem atau pun As-Sunnah An-Nabawiyah.

 

Keharaman rokok itu disimpulkan oleh para ulamak semasa ini setelah dipastikannya fakta setiap batang rokok itu mengandung lebih dari 4000 jenis racun berbahaya. Oleh kerana racun itu merosak tubuh manusia yang sebenarnya amanah Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara, maka merokok itu termasuk melanggar amanat itu dan merosak larangan.

 

Namun banyak orang yang menganggap hal itu terlalu mengada-ada, sebab buktinya terdapat jutaan orang di muka bumi ini yang setiap hari merokok dan buktinya mereka masih bernafas iaitu tidak langsung mati secara mendadak.

 

Kerana itulah kita masih menemui rokok di sekeliling kita dan ternyata rokok masih bertahan. Bahkan mampu memberikan pulangan kepada pemerintah melalui cukainya. Sehingga tidak pernah muncul keinginan baik dari pembuat undang-undang untuk melarang rokok.

 

Ini merupakan salah satu ciri ketidak-sampaian maklumat kepada masyarakat atau memang masyarakat tidak prihatin. Di negara yang sudah maju, maklumat berkaitan tidak dianggap penting. Dan kedua jenis masyarakat ini memang sama-sama tidak tahu apa yang terbaik buat mereka.

 

Di dalam hukum Islam, apabila sesuatu itu telah dipastikan yang ia membahayakan kesihatan, maka menggunakannya adalah diharamkan. Inilah bentuk ketegasan hukum Islam yang sudah menjadi ciri khas. Maka khamar itu tetap haram meski hanya seteguk ditelan untuk sebuah malam yang dingin menusuk.

 

Demikian pula para ulamak ketika menyedari kewujudan lebih 4000 racun dalam batang rokok dan mengetahui akitab-akibat yang diderita para perokok, mereka pun sepakat untuk mengharamkannya. Sayangnya, umat Islam masih lagi menganggap sekiranya tidak ada ayat yang tegas atau hadits yang eksplisit yang mengharamkan rokok, maka mereka masih menganggap rokok itu halal, atau makruh paling minima.

 

Ustaz Ahmad Sarwat , Konsultan eramuslim.com

 

Pada peringkat permulaan, tidak ada ulamak yang mengharamkan rokok. Mereka hanya memakruhkannya yang dasarnya amat berbeza dengan dasar pengharaman yang dibuat sekarang ini. Dahulu para ulamak hanya menganggap bau mulut perokok agak kurang sedap yang mengganggu orang lain semasa bergaul. Akibatnya si perokok kurang disukai dan dikatakan hukumnya makruh tahrim (makruh terlarang).

 

Sebahagian ulamak di negara kita yang menghisap rokok, bila ditanyakan tentang hukum rokok, mereka terus menjawab rokok itu tidak haram, tetapi hanya makruh sahaja.

 

Mengapa mereka menganggap demikian?

 

Mereka menganggapnya demikian kerana kajian secara jelas tentang nikotin dan zat beracun dalam sebatang rokok kurang jelas dan penelitian dan fakta belum ditemui ketika itu. Maka hukum rokok hanya sekedar makruh lantaran membuat mulut berbau busuk serta mengganggu pergaulan.

 

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (yang ke 37, Tahun 1995)

 

MFKM ke 37 memutuskan rokok adalah haram berdasarkan hujjah yang hamper sama dengan fatwa di atas, malah Majlis Fatwa Sedunia yang berpengkalan di Arab Saudi juga menghukum haram merokok atas maklumat terkini mengenai rokok.

 

Penelitian Terbaru

 

Seandainya para ulamak tersebut tidak hanya terpaku pada naskah lama dan mengikuti perkembangan terbaru di Negara umat Islam yang agak maju, sudah tentu pandangan mereka berubah 360 darjah. Apalagi bila mereka membaca penelitian terbaru tentang lebih 200 jenis racun berbahaya terdapat dalam sebatang rokok, sudah pasti mereka beubah pandangan dan bersetuju rokok mendatangkan mudarat yang amat besar kepada penghisapnya dan orang di sekeliling. Malah mereka akan bersetuju dan menerima rokok bukan sekadar makruh akibat bau busuk mulut perokok tetapi haram, lantaran ia telah banyak meragut manusia. Statistik menunjukkan kadar kematian disebabkan menghisap rokok lebih tinggi daripada akibat peperangan dan kemalangan jalanraya.

 

Badan kesihatan dunia WHO melaporkan di Amerika, sekitar 346 ribu orang meninggal setiap tahun disebabkan rokok, dan tidak kurang dari 90% daripada 660 orang yang terkena penyakit kanser di salah satu rumah sakit Shanghai di Cina disebabkan rokok.

 

Penelitian juga menyebutkan 20 batang rokok sehari akan menyebabkan berkurangnya 15% hemoglobin, yakni zat asasi pembentuk darah merah.

 

Seandainya para ulamak mengetahui penelitian terakhir tentang rokok mengandungi lebih kurang 4.000 elemen-elemen dan setidaknya 200 di antaranya dinyatakan berbahaya bagi kesihatan, pastilah pandangan mereka akan berubah.

 

Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar adalah bahan hidrokarbon yang bersifat lekit dan melekat pada paru-paru. Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi saraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen dan mampu menyebabkan kanser paru-paru yang mematikan. Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.

 

Kesan racun pada rokok ini membuat penghisap asap rokok mengalami risiko 14 kali lebih besar kemungkinan terkena kanser paru-paru, mulut, dan tenggorokan berbanding mereka yang tidak merokok.

 

Perokok juga berkemungkinan 4 kali lebih besar untuk terkena kanser esophagus dari mereka yang tidak menghisapnya. Di samping mereka juga berisiko 2 kali lebih besar untuk terkena serangan jantung berbanding dengan yang tidak merokok.

 

Rokok juga meningkatkan risiko keparahan bagi penderita pneumonia dan jantung gagal serta tekanan darah tinggi. Menggunakan rokok dengan kadar nikotin rendah tidak akan membantu, kerana perokok cenderung menyedut asap rokok secara lebih keras, lebih dalam, dan lebih lama untuk mengikuti keenakan zat adiktif.

 

Tidak ada seorang pun yang menyangkal semua fakta di atas, kerana ia hasil penelitian ilmiah. Bahkan pengusaha rokok pun mengiakan hal tersebut, dan menuliskan pada kotak rokok amaran begini: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

 

Kalau pengeluar rokok sendiri sudah menyatakan bahaya produknya berbahaya dan mendatangkan penyakit, bagaimana mungkin perokok masih mau mengingkarinya?

 

Walau pun hampir jumhur para ulamak menghukumkan rokok sebagai haram ada ulamak yang menghukumkan harus dan memperincikan hokum tetapi tidak mewakili pandangan ulamak ramai. Di samping itu mereka juga kekurangan maklumat tentang kandungan rokok dan kesan kesihatan yang serius kepada perokok dan orang di sekeliling.

 

Secara ringkas diperturunkan pendirian beberapa ulamak terkemuka mengenai kedudukan rokok dalam Islam:-

 

 

1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok.

2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok.

 

3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok.

 

4. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wa’izh al-Hanafi condong kepada hukum
makruh.

 

5. Syeikh Abdul Ghani al-Nabilisi mengatakan Harus.

 

6. Syeikh Athiyah Saqr condong kepada pendapat yang memperincikan hukum
merokok.

 

Wallahu a’lam

 

Capaian berguna:

bk_tak-nak-merokok_bm.pdf

 

www.muslimaccess.com/articles/misc/smoking.asp
http://www.irfi.org/articles/articles_51(USD 67.05) _100/smoking_is_haram.htm
http://www.crescentlife.com/wellness/smoking_is_haram.htm
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543740
http://www.islamfortoday.com/syed08.htm
http://www.emro.who.int/Publications/HealthEdReligion/Smoking/Excerpts.htm
http://www.emro.who.int/Publications/HealthEdReligion/Smoking/Summary.htm
http://www.islamawareness.net/Smoking/mufti.html
http://www.daralislamlive.com/modules.php?name=Lectures&action=display_lecture&lecture_i

Excerpt 1

Berita Harian ( 19.07.2007 ) Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nordiyanah Hassan berkata daripada kajian yang dilakukan pihaknya mendapati 40.2 peratus golongan dewasa di negeri ini menghisap rokok. Terengganu ialah negeri tertinggi jumlah perokok di kalangan orang dewasa apabila hampir separuh daripada golongan itu terbabit dengan tabiat berkenaan.

Golongan remaja juga terbabit manakala ramai kaum wanita ketagih tembakau katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan Calvacade ” Jom Tak Nak Merokok ” peringkat negeri Terengganu.

Excerpt 2

Klinik henti merokok tak dapat sambutan

GEORGETOWN: Klinik Berhenti Merokok yang diperkenalkan di negara ini sejak lima tahun lalu tidak mendapat sambutan daripada perokok, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon.


Ia kerana, kementerian itu mendapati tidak sampai 20 peratus daripada kira-kira 4.6 juta perokok di negara ini mendaftar bagi mendapatkan nasihat dan kaunseling yang disediakan di klinik berkenaan.

Lee berkata, kementeriannya mendapati keadaan itu disebabkan kebanyakan perokok tidak tahu mengenai kewujudan klinik itu, malu untuk menyertai program kaunseling dan lebih teruk lagi, enggan berhenti merokok.

Akibatnya kata beliau, sasaran kementerian untuk mencapai 30 peratus perokok mendapatkan khidmat di klinik itu gagal dicapai.

“Sambutan terhadap klinik ini memang tidak begitu menggalakkan tetapi kementerian akan terus menggandakan kempen kesedaran ‘Tak Nak’ supaya perokok berhenti daripada tabiat tidak sihat ini,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas melancarkan Ops Tak Nak di Sekolah Menengah Kebangsaan Cina (SMKC) Sacred Heart di Balik Pulau, semalam.

Kerajaan memperuntukkan RM7 juta bagi melaksanakan kempen antimerokok secara lebih agresif dalam usaha mengurangkan jumlah perokok yang kini mencecah 4.6 juta orang.

Hampir 50 peratus lelaki Malaysia merokok, iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding peratus perokok di negara maju seperti Amerika Syarikat (35 peratus) dan United Kingdom (38 peratus).

Daripada jumlah itu lapan peratus adalah golongan remaja.

Kerajaan melancarkan kempen ‘Tak Nak’ pada 2004 untuk menyedarkan rakyat mengenai bahaya tabiat merokok.

Lee berkata, trend merokok di kalangan remaja terutama pelajar bawah 18 tahun kini amat membimbangkan kerana jumlahnya meningkat setiap tahun.

Katanya, Kaji Selidik Tembakau Belia Global mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 hingga 15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.

Berikutan itu, Kempen Ops Tak Nak kini akan diperhebatkan di sekolah termasuk merujuk pelajar merokok ke Klinik Berhenti Merokok untuk ‘rawatan’.

“Guru pula akan terus membuat pemeriksaan mengejut dan rambang di setiap kelas untuk mengesan pelajar membawa rokok ke sekolah dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.

“Pegawai Jabatan Kesihatan juga akan diarah membuat pemeriksaan di warung dan kompleks beli-belah yang menjadi tempat pelajar melepak untuk memberi nasihat atau denda terhadap mereka yang merokok di tempat awam,” katanya.

Sumber: Berita Harian ( 4 Okt 2006)

 

Advertisements

Soalan berikut pernah ditanya kepada Al-Fadhil As-Syeikh `Atiah Saqr, Ketua Lembaga Fatwa Al-Azhar As-Syarif, Mesir:-

 

Soalan: Sebahagian orang mengatakan melafazkan صدق الله العظيم selepas membaca atau mendengar Al-Qur’an adalah bid`ah dan tidak harus mengucapkannya. Adakah ucapan seperti ini benar ataupun tidak?

Jawapan Syeikh: “Aku telah mengingatkan masyarakat umum agar tidak terlalu tergesa-gesa menyifatkan sesuatu yang tidak berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W dan sesuatu yang tidak disyariatkan sebagai bid`ah.

Mengucapkan صدق الله العظيم selepas membaca atau selesai mendengar Al-Qur’an bukan bid`ah yang dikeji, kerana tidak ada tegahan dan larangan yang khusus manakala berzikir dan menyebut nama Allah Ta`ala adalah perkara yang amat dituntut dan banyak kali diperintahkan di dalam Al-Qur’an dan Hadis. Di samping itu para ulamak telah bersepakat bahawa membaca صدق الله العظيم setelah selesai membaca atau mendengarnya adalah termasuk dalam adab-adab membaca Al-Qur’an dan sekiranya dibaca di dalam solat maka tidaklah membatalkan solat itu. Sighah ini juga dinukilkan di dalam Al-Qur’an dan lafaz صدق الله العظيم merupakan kata-kata orang mukmin ketika peperangan. Amati ayat 95 dari Surah Ali Imran berikut:-

Allah berfirman,

قل صدق الله فاتبعوا ملة إبراهيم حنيفا

“Katakanlah (wahai Muhammad) benarlah (segala yang difirmankan) Allah Ta`ala, Maka ikutilah oleh kamu akan Agama Nabi Ibrahim yang lurus.”

Dan ayat 22 dari Surah Al-Ahzab,

ولما رأى المؤمنون الأحذاب قالوا هذا ما وعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله

“Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan (yang bersekutu) itu, mereka berkata, ” inilah yang dijanjikan Allah Ta`ala dan Rasul-Nya (kemenangan) kepada kita ” Dan benarlah Allah Ta`ala dan Rasul-Nya.”

Imam Qurtubi r.a dalam muqadimah tafsirnya menyatakan, sesungguhnya Imam Al-Hakim Turmizi telah menyebutkan antara adab-adab membaca Al-Qur’an ialah melafazkan صدق الله العظيم ataupun lafaz yang mempunyai sama maksud dengannya sama ada setelah selesai membaca mahupun mendengarnya.

Adalah suatu kemuliaan yang tinggi terhadap Al-Qur’an apabila menamatkan bacaannya dengan lafaz benarlah firman-firman Allah Ta`ala dan lafaz penyaksian bahawa baginda Rasulullah telahpun menyampaikannya. Contoh lafaz tersebut adalah:-

صدق الله العظيم وبلَّغ رسوله الكريم

Juga dinukilkan lafaznya adalah:-

صدقت ربنا ولَّغت رسلك ونحن على ذلك من الشاهدين, اللهم اجعلنا من الشهداء الحق القائمين بالقسط

Disertai memohon doa kepada Allah Ta`ala.

Dalam Feqah mazhab empat yang telah dikeluarkan oleh Majlis Wakaf Mesir أوقاف مصر) ) menyebut Mazhab Imam Hanafi berpendapat sekiranya ada orang yang bersembahyang menyebut tasbih seperti contoh صدق الله العظيم maka solatnya itu tidaklah terbatal jika bermaksud untuk memuji, zikir atau tilawah. Mazhab Imam Syafi`e pula berpendapat ucapan صدق الله العظيم didalam solat tidaklah membatalkan solat itu secara langsung.

Setelah kita meneliti permasalahan ini jelaslah ungkapan صدق الله العظيم adalah dituntut ke atas kita membacanya demi menjaga adab-adab membaca Al-Qur’an. Oleh yang demikian, bagaimana boleh ada segelintir orang yang mendakwa membaca صدق الله العظيم adalah bid`ah? (Memetik kata-kata Ketua Lembaga Fatwa Al-Azhar As-Syarif, Mesir. Syeikh `Atiah Saqr beliau tegas mengatakan “Aku mengulang sekali lagi amaran kepada umat Islam agar tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan hukum-hukum permaslahan Feqah sebelum memastikan kebenarannya.)

Firman Allah Ta`ala:-

ولا تقولوا لما تصف ألسنتكم الكذب هذا حلال وهذا حرام لتفتروا على الله الكذب إن الذين يفترون على الله الكذب لا يفلحون

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ” ini halal dan ini haram “, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah Ta`ala. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah Ta`ala tidak akan beruntung.” (Surah An-Nahl: 116).

Cara Penyampaian Berkesan

Penyampaian Berkesan

Inilah ketentuan Allah

Kejadian ini benar-benar berlaku di Makkah…..seorang hamba Allah pergi ke Makkah menunaikan Umrah.  Bertolak 10 Jun 2007  dan pulang ke Malaysia 27 Jun 2007.

Ceritanya berlaku kat hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doctor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doctor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular. Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular. Subhanallah. Nauzubillah….Lihatlah gambar yang dirakamkan ini…..
http://img531.imageshack.us/my.php?image=makkahhospitalfh8.flv

 

Majlis Tokoh Maal Hijrah Surau Al-Furqan

Majlis Tokoh Maal Hijrah Surau Al-Furqan

 

Ianya diadakan pada 12 Februari 2006. Kelihatan di gambar, Ustaz Zakaria Isa (Pengerusi Surau) sedang menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Yaakob Mat Ali.

Larangan Bersetubuh Dengan Isteri Yang Sedang Haid

Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI (USIM)

 

SYEIKH al-Maghari berkata: Persoalan yang dikemukakan ini merupakan salah satu daripada tiga soalan yang datang secara ‘ataf dengan wau kerana hubungannya dengan sebelum dan selepasnya. Ini kerana kesemuanya berkenaan dengan persoalan wanita.

 

Di samping itu, berlakunya pengaruh kefahaman di Madinah antara golongan Arab dan Yahudi berkenaan dengan masalah haid. Justeru Allah menurunkan ayat ini.

 

Allah berfirman: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (al-Baqarah: 222)

 

Sebab timbulnya pertanyaan itu. Para ulama berselisih kepada dua pendapat.

 

Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya: Bagi orang Yahudi, apabila wanita mereka kedatangan haid, maka mereka tidak akan makan dan minum bersama dan tidak duduk sekali dengan mereka dalam sebuah rumah. Lalu hal itu ditanyakan kepada Nabi s.a.w.. Maka Allah menurunkan ayat: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), tentang (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang menjijikkan dan mendatangkan mudarat. Lalu Baginda menyuruh mereka supaya makan dan minum bersama-sama wanita-wanita haid itu dan hendaklah mereka tinggal serumah dan melakukan apa sahaja kecuali persetubuhan.

 

Lantaran orang Yahudi pun berkata: Muhammad hanya mahu membuat kelamin dari setiap urusan kita. Kemudian datanglah Usaid bin al-Hudair dan Ubad bin Bisyr. Mereka berkata: Wahai Rasulullah mengapa kita tidak membuat kelainan daripada orang Yahudi itu dengan menyetubuhi isteri semasa haid?

 

Lantas berubahlah air muka Rasulullah s.a.w., sehingga kami menyangka Baginda marah kepada mereka berdua. Kata Abbas: Kemudian mereka berdua bangun dan keluar. Tetapi sejurus kemudian datang orang membawa hadiah susu kepada Baginda, lalu Nabi menghantar orang menjejaki mereka dan memberikan mereka minum susu. Tahulah mereka bahawa Nabi tidak marah kepada mereka. Hadis ini sahih dan disepakati para imam ahli hadis.

 

Firman Allah s.w.t: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.

 

Ibn al-Arabi berkata: Tafsiran al-Mahid. Perkataan ini di atas wazan Maf’il, ia berasal daripada kata kerja yang bermaksud mengalir. Orang Arab menyebut: Pokok dan pohon balak itu mengalir. Yakni apabila mengalir lembapan-lembapannya (air bah mengalir). Seorang penyair berkata: Dan mengalirlah ke atasnya aliran air bah yang besar. Dari segi maksudnya, ia membawa erti darah yang dilepaskan oleh rahim sehingga memancar keluar. Ia mempunyai lapan nama iaitu; Haid, ‘Arik, arik, Tamis, Daris, Kabir, Dahik dan Tamith.

 

Mujahid menafsirkan firman Allah: Lalu dia (isteri Nabi Ibrahim) tertawa. Dengan maksud, kedatangan haid, seorang penyair menyebutkan yang bermaksud: Dan ditinggalkan isterinya pada suatu hari tatkala dia kedatangan haid.

 

Ahli tafsir menyebutkan firman Allah yang bermaksud: Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya. Dengan memberi maksud datanglah haid mereka. Mereka menguatkan alasan dengan mengemukakan bait syair yang bermaksud: Wanita itu didatangi apabila mereka suci dan mereka tidak didatangi apabila mereka berhaid.

 

Tetapi selepas suci pun, persoalan ini bukanlah persoalan yang boleh dilakukan sewenang-wenang mengikut kemahuan hawa nafsu dan cara-cara yang menyeleweng, malah ia tetap terikat dengan perintah Allah, kerana hubungan kelamin merupakan tugas yang terbit daripada perintah dan taklif dan terikat dengan cara dan batas-batas yang tertentu.

 

Bagi tafsiran Aza seperti firman Allah yang bermaksud: Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang menjijikkan dan mendatangkan mudarat. Tentang perkataan Aza terdapat empat pendapat:

 

*Ia bermaksud kotoran. Dikatakan oleh Mujahid dan al-Suddi.

 

*Ia bermaksud darah. Dikatakan oleh Mujahid.

 

*Ia bermaksud najis.

 

*Ia bermaksud perkara yang tidak disenangi dengan sebab bau, kemudaratan dan kenajisannya. Pendapat keempat ini adalah pendapat yang sahih kerana dua sebab:

 

*Pengertian ini merangkumi semua pengertian yang lain.

 

*Allah berfirman dalam ayat lain yang bermaksud: Jika kamu dihalangi oleh sesuatu yang menyusahkan seperti hujan.

 

Perkataan ini boleh dirujuk kepada tiga andaian yang dibincangkan sebelum ini iaitu sama ada merujuk kepada tempat haid secara majaz. Ia dirujuk kepada majaznya secara hakikat.

 

Firman Allah: Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Ada tiga pendapat tentang maksud ayat ini;

 

Firman Allah yang bermaksud: Sehingga mereka suci. Yakni sehingga (putus) berhenti darahnya. Pendapat ini dikatakan oleh Abu Hanifah tetapi pendapatnya bercanggah pada dua tempat apabila beliau berkata: Apabila darahnya berhenti pada tempoh maksimum haid maka halallah dia, tetapi jika darahnya terhenti pada tempoh minimum haid maka dia tidak halal kecuali dengan berlalu satu waktu solat yang sempurna. Ia bermaksud, jangan menyetubuhi wanita haid sehinggalah dia mandi junub. Pendapat ini dikatakan oleh al-Zuhri, Rabiah, al-Laith, Malik, Ishak, Ahmad dan Abu Thaur. Sehingga dia berwuduk untuk solat.

 

Pendapat ini dikatakan oleh Taus dan Mujahid. Datangilah mereka pada tempat yang melahirkan anak bukan pada tempat yang lain. Matlamat hubungan kelamin bukanlah semata-mata melepaskan keinginan nafsu tetapi melanjutkan hayat dan mencari ketetapan Allah.

 

Allah telah menetapkan sesuatu yang halal dan memfardukannya dan kewajipan seorang Muslim ialah mencari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan bukannya menciptakan sendiri apa yang dikehendakinya, Allah memfardukan segala apa yang difardukannya itu untuk membersihkan para hamba-Nya dan Dia amat sayangkan mereka yang bertaubat apabila mereka melakukan kesilapan dan pulang kepada-Nya memohon keampunan.

 

Firman Allah yang bermaksud: Menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Terdapat enam pendapat tentang maksud ayat ini:

 

*Datangilah mereka dari mana tempat yang sebelum itu dilarang.

 

*Datangilah mereka dari kemaluan hadapan. Dikatakan oleh Ibn Abbas dan Mujahid melalui salah satu daripada dua pendapatnya yang dilaporkan.

 

*Datangilah mereka seluruh badannya. Juga dikatakan oleh Ibn Abbas.

 

*Datangilah mereka dari tempat sebelum sucinya. Dikatakan oleh Ikrimah dan Qatadah.

 

*Datangilah mereka dari arah (dengan cara) perkahwinan.

 

*Datangilah dalam keadaan yang Allah halalkan kepada kamu, janganlah mereka itu perempuan yang sedang berpuasa atau berihram atau beriktikaf. Dikatakan oleh al-Asam.

 

Firman Allah: Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri. Di bawah bayangan inilah ayat yang berikut menggambarkan salah satu daripada hubungan suami isteri yang sesuai dan selaras dengan garis-garisnya.

 

Iktibar ayat

 

*Syeikh al-Maraghi berkata: Ayat ini menunjukkan syariat menggalakkan perkahwinan dan mengharamkan kerahiban dengan meninggalkan perkahwinan semata-mata niat beribadat dan mendekatkan kepada Allah.

 

*Haid merupakan perkara yang keji dan boleh membawa kepada penyakit jika bersama dengan isteri ketika datangnya haid. Walaupun begitu boleh dilakukan apa saja kecuali bersetubuh sahaja berdasarkan riwayat Ahmad, Muslim dan Ashabu Sunan.

 

*Dua sifat yang amat disukai Allah iaitu sentiasa bertaubat dan membersihkan diri.

MLM akhirat….bonus jaminan Allah!

Allah berfirman di dalam surah as-soff yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang akan dapat membebaskan kamu dari azab Allah. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, berjihad pada jalan Allah dengan harta dan diri kamu….”

 

Inilah salah satu peluang untuk anda memenuhi janji Allah di dalam ayat di atas. Amati mesej di bawah:-

 

Masjid Ijede, Lagos, Nigeria

 

[ Bantuan anda di perlukan. Tangan kanan memberi tanpa pengetahuan tangan kiri]

 

Assalamualaikum semua,

 

Mungkin ada yang masih mengenali dan juga mungkin ada yang sudah terlupa nama saya. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan semua nama saya ialah Ros Saidi bin Abdul Rahman, daripada Asset Dynamics Asia Sdn Bhd.

 

Sekarang ini saya berada di Lagos, Nigeria untuk Reliability Centred Maintenance
(RCM) project dengan salah satu Independent Power Producer (IPP) di Nigeria. Saya insyallah akan pulang ke Malaysia pada 12 Aug 2007 dan kembali semula ke Lagos pada 1 Sept 2007.

 

Baru-baru ini saya telah menunaikan solat Jumaat disalah satu masjid berdekatan dengan tempat kerja, Masjid Ijede. Masjid ini telah mula dibina sejak 1964 tetapi malangnya sehingga sekarang masjid ini masih belum dapat disiapkan kerana masalah kewangan. Memandangkan saya hanya orang asing yang berjemaah masa itu, saya menjadi perhatian dan imam mengumumkan dalam khutbahnya untuk berjabat tangan dengan saya. Selepas solat, saya berjumpa dengan imam ditemani oleh rakan sekerja. Rakar Sekerja saya En Mansour merupakan salah seorang AJK masjid tersebut. Saya berjanji dengan Imam tersebut untuk cuba mendapatkan bantuan kewangan semasa pulang ke Malaysia
dan beliau sungguh gembira kerana berharap bantuan tersebut dapat membantu
menyiapkan masjid tersebut.

 

Tujuan saya menghantar email ini ialah untuk memohon derma daripada tuan-tuan dan puan-puan semua. Derma ini akan saya serahkan kepada AJK Masjid untuk membantu mereka menyiapkan masjid tersebut bila saya datang menyambungkan tugas di Lagos pada 1 Sept 2007. Saya merasa sedih bila berjemaah disitu kerana kawasan sekeliling masjid “literally” dipenuhi dengan gereja. Setiap ceruk kita akan jumpa gereja dan gereja-gereja ini sempurna binaannya.

 

Untuk pengetahuan semua, penduduk Islam di Ijede lebih kurang 20,000 (30% daripada jumpah penduduk). Walaupun bilangannya agak ramai tetapi tahap ekonomi mereka amat menyedihkan. Kebanyakkannya makan pagi kasi pagi makan petang kais petang. Menurut En Mansour, antara cabaran besar masyarakat Islam di Nigeria ialah kekuatan pengaruh Kristian memurtadkan penduduk Islam. Untuk menangani masalah tersebut, pihak masjid Ijede membuat majlis dakwah dengan memberi bimbingan dan bantuan kepada penduduk-penduduk sekitar setiap hari Rabu dan Sabtu.

 

Disertakan sama dalam email ini gambar-gambar masjid Ijede yang saya rakamkan pada 3 Aug 2007 untuk renungan kalian semua. Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan bantuan kewangan menyiapkan masjid Ijede, anda boleh membuat bantuan melalui Maybank akaun saya. Saya bukan memungut derma secara profesional jadi saya tiada akaun khusus untuk derma masjid ini. Oleh itu kepada sesiapa yang menghulurkan bantuan, saya minta kalian boleh email/telefon saya nama dan jumlah yang didermakan. Ini akan memudahkan saya mengetahui jumlah yang didermakan dan akan menyampaikan
jumlah tersebut kepada AJK Masjid Ijede.

 

 

 

 

 

 

Email address: rossaidi@assetdynamicsasia.com.

 

Butir-butir akaun saya:

 

Nama: Ros Saidi bin Abdul Rahman
IC: 670708-07-5001
Bank : Maybank, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Akaun : Current Alwadiah
No Akaun: 564070336109

 

Tarikh akhir derma diterima : 29th Aug 2007 (ini akan memberi saya masa untuk mengira dan menukar wang tersebut ke USD) Kepada sesiapa yang ingin menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masjid ini, kalian boleh tel 0123702940 (selepas 13th Aug dan sebelum 31 Aug).
Alamat kediaman No 12, Jalan Pualam 7/32, Section 7, 40000
Shah Alam, Selangor

 

P/S: Tolong sebarkan supaya kita dapat membantu muslim yang memerlukan bantuan. Insyallah bantuan kalian akan diberkati Allah SWT.

 

Wassalam

 

Ros Saidi Abdul Rahman
Asset Dynamics Asia Sdn Bhd
Tel:+603 2039 4751
Fax:+603 2031 8359
Mobile: +6012 370 2940