Weblog Abuyusoef aka Abuyya

Just another WordPress.com weblog

Halal Haram….Prihatinkah kita

Assalamu’alaykum semua… terpanggil saya untuk berkongsi maklumat @ pengalaman saya.. setelah saya baca email mengenai Pau Ahmad yang membuatkan ramai yang terkejut.. itulah dia kaedah berniaga.. orang cina sentiasa mencari peluang untuk bertapak dlm perniagaan.. apa jua cara asalkan mereka dpt meluaskan empayar perniagaan mereka.. yang ada tanggungjawab maka mereka akan menyertai kursus makanan halal dan dapatkan sijil halal dari Jakim, yang tidak memalsukan logo halal tersebut.. berikut saya kongsi apa yang saya telah lalui, semoga ada manfa’at dan harap sesiapa juga ada informasi berguna, dikongsi bersama kita, apa pun berhati2lah ketika membeli, samada makanan halal, makanan yang diragui tempoh tarikh luputnya, ketika ada sale/promosi,stock clearance… semenjak diadakan kempen mega sale satu malaysia setiap tahun/bulan dsbnya, tiada pengawasan/pemantauan yang ketat oleh kementerian seperti apa yang dilaksanakan satu ketika dahulu terutama sekali terhadap harga/barangan yang dinaikkan harga juga kualiti barangan/produk..insha Allah akan diupdate bila perlu.. apa pun berhati-hati dalam bab makanan kepada anak (gula-gula, chewing gum, gum, ice cream, cokelat, biskut) yang tiada pemantauan dari JAKIM/Kementerian… WALlahu’alam

1. Hypermarket Giant – bab ayam.. dahulu ketika kecoh mengenai syarikat ayam Dinding dan pertikaian kaedah sembelih serta tamat sijil halal penyembelih.. semua hypermarket bertindak segera dengan memulangkan kembali ayam dari syarikat Dindings.. melonjak naik syarikat pembekal ayam lain… tetapi tak sampai seminggu dua.. Dindings mendapat kembali sijil halalnya… apa yang saya perhatikan, dahulu jika ayam yang dijual dari bungkusan logo Giant, ada tertera nama syarikat Dinding sebagai penyembelihnya, akan tetapi selepas insiden tersebut.. mereka hanya meletakkan nama syarikat Giant sebagai pembungkus.. tiada maklumat syarikat pembekal ayam.. samada ayam yang dijual seekor atau dipotong… bila saya pergi ke Carrefour, Subang Jaya.. saya dapati ada pihak pengurusan ada rasa bertanggugjawab sedikit dengan memaparkan maklumat 3 syarikat yang menjadi pembekal ayam mereka, berserta dengan sijil2 sebagai rujukan.. adakah Carrefour lebih prihatin terhadap pengguna? (Carrefour di Kuwait juga menarik balik semua barangan dari negara Denmark ketika situasi karikatur Nabi Muhammad SAW heboh satu ketika dahulu)..bab boikot Carrefour saya tak sertakan disini..cuma Carrefour datang dari negara Perancis yang melaksanakan pengharaman wanita Islam dari bertudung ketika bersekolah.

2. Hypermarket Giant, Sek 13 Shah Alam – bab Ikan Dory keluaran syarikat lain yang dibekalkan kpd Giant – tarikh luput yang diragui.. saya lihat selonggok ikan yang begitu banyak tahun lepas.. kemudian lihat pada tarikh luput dia dari awal tahun hingga penghujung tahun lepas.. mereka ada buat sale yang tarikh luput pun dah dekat nak tamat.. selang beberapa hari kemudian.. selonggok ikan yang sama tetapi dengan bungkusan yang berlainan, tertera Giant dengan tarikh luput baru… mungkin secara kebetulan.. WALlahu’alam

3. Wall’s – bab Ice cream – cth: mini cornetto – ada 2 keluaran dengan logo halal bukan dari Jakim, awal promosi, ice cream diimport dari Indonesia yang memang tiada logo halal yang official (baru2 ni ada terjumpa logo halal dari Majlis Ulama Indonesia) dan terbaru diimport dari negeri Cina (negeri Cina so far ada 1 logo official) – Wall’s ice cream satu ketika dahulu byk mengimport ice cream dari Thailand dgn mempunyai logo halal negara Thai, tetapi sejak kebelakangan ini ice cream diimport samada dari negara Indonesia atau Cina. – Nestle, kebanyakan produk mempunyai logo halal Jakim

4. 7-Eleven – bab makanan import – berhati2 dengan makanan yang ada di rangkaian kedai 7-Eleven, telah saya dapati ada beberapa ice cream yg diimport tidak mempunyai logo halal bahkan ada yang tertulis coco liquor.. juga gula2 yang berbagai jenama yang diimport tidak mempunyai logo halal, dan kandungannya byk tertera code makan E yang amat diragui. Harap ibubapa mengawasi akan pembelian gula2 oleh anak2 di 7-Eleven juga di hypermarket2

5. Makanan-makanan untuk kanak-kanak – Gerber = Halal Jakim.. sadly, hanya produk keluaran ini mempunyai Halal Jakim, yang lain tiada halal atau halal yang dibuat sendiri (mungkin sebab diimport dari Indonesia?)

6. Baskin Robbin ice cream – tiada logo halal tetapi disukai orang Islam

7. TGIF (Thank God It’s Friday) – masakan yang bercampur dengan arak, dimasak atas fryin pan yang sama.. premis makanan menjual arak, sentiasa dikunjugi oleh orang Islam lebih2 lagi untuk meraikan hari lahir mereka.

8. Swensen’s – mempunyai Halal Jakim, di Singapura juga mereka mendapat sijil Halal dari MUIS

9. Victoria Station – daging Halal diimport dari Australia dan New Zealand. Menipu pengguna dengan meletakkan logo Halal pada premis (kes di Taipan, USJ Subang Jaya: JAIS) – premis menjual arak

10. Ice cream kiosk Yogi yogi dari Korea – tiada halal, dijual berdepan dengan pintu keluar atau masuk hypermarket Giant, Tesco – ramai orang Islam membeli tanpa ragu kerana penjualnya orang Islam Bab-bab produk seperti Pau Ahmad… amat penting untuk kita menghadirkan diri kita di MIHAS atau seminar/expo halal yang ada di Malaysia supaya kita boleh mengetahui akan produk2/barangan halal yang dikeluarkan oleh syarikat Islam dan bukan Islam…

1. Kopi Jantan, Kapal Api, CNI Kopi Tongkat Ali/Ginseng, Ali Cafe – syarikat dipunyai oleh bukan Islam – (Kopi syarikat Islam antaranya> Kopi Hang Tuah, Kopi Cengkudu – Sureco, Kopi Radix – HPA, Kopi Klasik, Kopi Bos)

2. Pau Saifu – dengan nombor hubungi org bernama Nur? – bukan produk keluaran orang Islam, dipunyai oleh syarikat Today – mendapat halal Jakim ( http://www.today.com.my/ )

3. Safi, Syahirah dan bermacam nama ala Islam – bukan dari pembuat Islam tetapi mendapat Halal Jakim WALlahu’alam Link berguna:

http://www.food-beverage.com.my/Halal_Foods/Halal_Foods/index.html
http://www.worldhalalfood.com/
http://www.halaljournal.com
http://www.mihas.com.my/
http://www.allhalal.net/hub/html/index.php http://www.mytradefairs.com/

No comments yet»

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: