Weblog Abuyusoef aka Abuyya

Just another WordPress.com weblog

Halal Haram Dalam Pemakanan

Umat Islam terutamanya yang tinggal di sebuah Negara umat Islam seperti Malaysia perlu mempunyai pemikiran yang jelas mengenai konsep halal haram dalam pemakanan. Sebahagian Muslim menganggap perkara ini agak remeh tetapi ia sebenarnya adalah sesuatu yang besar dan penting kerana ia berkaitan dengan iman kerana ia bakal menjana pembentukan Muslim hakiki menjaga batas-batas agama. “Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata dan barang yang ada di antara keduanya adalah syubahah yang hampir dengan haram” (mafhum hadis). Allah melalui firmanNya di dalam al-Qur’an telah memerintahkan umat manusia secara am dan umat Islam secara khusus memakan hanya yang halal lagi baik (halalan toyyiba)-bermaksud: “Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.” (Surah Al-Baqarah ayat 168). Ini menunjukkan mengambil makanan yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun lalu merupakan khitob penting konsep pemakanan halal yang sempurna. Ini disokong oleh ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang (cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang).

Sebagai masyarakat Islam yang berkongsi sebuah negara dengan masyarakat bukan Islam, kita perlu lebih prihatin dan mampu memilih makanan yang halal mengikut syarak. Kita perlu menjelaskan kepada Non-Muslim tentang konsep halal haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya di samping kebaikan hasil sembelihan secara Islam kepada manusia dari segi kesihatan dll. Kita perlu mengubah tanggapan mereka bahawa makanan yang halal bukan makanan daripada babi sahaja malah meliputi pelbagai konsep lain yang perlu dijelaskan dengan lebih mendalam. Antara lain:

1. Punca makanan – kebanyakan Non-Muslim menganggap hanya khinzir makanan yang haram dalam Islam sedangkan yang haram dimakan termasuk binatang yang bertaring, binatang yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak dan sebagainya.

2. Kaedah penyembelihan haiwan– Masyarakat bukan Islam tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam memerlukan penyembelih beragama Islam.

3. Pengurusan dan pemerosesan – membabitkan konsep bersih dan suci. Tempat penyimpanan dan pemerosesan terhindar dari sebarang najis dan tidak bercampur dengan bahan-bahan yang haram.

4. Pengangkutan dan tempat penyimpanan tidak boleh bercampur dengan barangan yang haram seperti khinzir dsbnya seperti yang dilaporkan dalam akhbar beberapa hari lalu kontena yang bercampur daging babi dengan ikan.

5. Penggunaan ramuan atau ingredien– bahan ramuan atau sumbernya hendaklah halal seperti tidak bercampur minyak binatang yang tidak halal, alkohol atau bahan yang memudaratkan kesihatan seperti MSG dll.

6. Peralatan/utensil dapur – tidak boleh bercampur dengan tempat memasak barangan haram seperti khinzir dll termasuk pinggan mangkuk sudu garfu dll.

Seandainya kefahaman tersebut disampaikan secara baik kepada mereka sudah tentu perkara seperti sosej yang diproses dengan usus khinzir dan kes-kes yang lain dapat dihindarkan di samping umat Islam tidak mengamalkan gaya hidup salah seperti zina, minum arak dan makan makanan yang syubahah sehingga non-muslim keliru yang mana satu halal dan yang mana satu haram bagi Umat islam. Beberapa langkah berkesan perlu dilakukan melalui edaran risalah, slot pengetahuan melalui media elektronik dsbnya. Tidak kurang pentingnya, pemantaun yang lebih bagi memastikan logo halal tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Cadangan logo halal berkonsepkan hologram perlu dipraktikkan dengan serius. Pewartaan akta halal haram perlu dicadangkan.

No comments yet»

Tinggalkan komen