Weblog Abuyusoef aka Abuyya

Just another WordPress.com weblog

Makanan Segera Membahayakan Kesihatan

Sedikit Renungan

Tahukah anda kebanyakan restoren makanan segera melalui kaedah penggorengan (fry atau deep fry) macam KFC, McDonald dan sewaktu dengannya menggunakan minyak yang mengandungi trans-fat??

Trans-fat menyumbang kepada kegemukan/obesity malah boleh menyumbatkan saluran darah yang boleh menyebabkan sakit jantung. Ia juga menambahkan paras kolestrol tidak baik (bad LDL) yang menjadi punca kepada pelbagai kecelaruan kesihatan termasuk serangan sakit jantung dan kanser. Walaupun usaha dilakukan untuk mengurangkan penggunaan minyak yang lebih sihat (sudah tentu lebih mahal!!!) tetapi mereka masih tidak dapat membuang minyak hydrogenated kononnya tiada pilihan.

Meskipun begitu membuang lemak trans tidak bermakna makanan goring segera akan menyihatkan kerana ia masih mengandungi acrilamid (acrylamides) suatu bahan kimia beracun yang terhasil semasa masakan ‘high heat’ yang boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser. Jadi bagaimana dengan goring pisang yang menggunakan minyak yang diguna berulangkali lebih dari tiga kali (sudah tentu!!) yang menjadi kegemaran abuyya dan juga anda?? Marilah kita mengubah cara memasak kita..biasakan dengan masakan yang kurang berminyak!!

DIANGGARKAN setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak pemakanan tinggi kolesterol dan kurang bersenam adalah pemangkin utama selain faktor salasilah keluarga yang mempunyai penyakit jantung.

Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Haizal Haron Kamar, berkata statistik menggerunkan itu secara tidak langsung menunjukkan setiap individu berpotensi menghidap penyakit ini tetapi masih belum terlewat untuk mengambil langkah pencegahan.

Beliau berkata, biarpun jantung manusia hanya sebesar segenggam tangan orang dewasa, ia organ terpenting dan sentiasa bekerja keras sepanjang masa bagi mengepam darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh malah jika fungsinya terganggu keseluruhan sistem badan akan terjejas.

“Jantung manusia berdenyut 70 kali setiap minit atau 140,000 kali sehari. Kepentingan jantung tidak boleh diambil mudah.

“Antara penyakit jantung adalah kardiovaskular merujuk masalah jantung dan saluran darah apabila kedua-duanya gagal berfungsi dengan baik. Jantung koronari pula berlaku apabila saluran yang membekalkan darah ke jantung dan otak (arteri) tersumbat atau rosak.

“Semua gejala ini mungkin tidak disedari namun bukan bermakna ia berlaku secara tiba-tiba. Pada masa sama masih ramai membuat tanggapan diri terhindar dari penyakit itu dengan alasan ibu bapa mereka bukan pesakit jantung. Biar apa jua alasan, kesedaran dan
tahap kesihatan perlu ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata, jika melihat semula statistik, penyakit jantung adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurangan sejak dua dekad lalu.

Malah, katanya kematian disebabkan penyakit ini lebih tinggi berbanding kanser dan wanita juga perlu berwas­pada, barah bukan lagi pembunuh utama, sebaliknya penyakit jantung.

Walaupun ramai beranggapan penyakit ini tiada simptom, Haizal berkata, ciri umum yang mudah dikenal pasti bagi menilai tahap kesihatan jantung individu ialah mudah lesu, dada terasa sesak hingga menghadapi kesukaran bernafas, aktiviti semakin terhad serta buku lali membengkak.

Jika individu mempunyai tanda begini khususnya perokok, mereka perlu segera mendapatkan pemerik­saan. Biarpun jika selepas pemeriksaan ia bukan disebabkan jantung berma­salah, individu terbabit masih perlu mengutamakan kesihatan kerana ia mungkin petanda awal penyakit lain.

“Sebarang masalah kesihatan perlu dirujuk kepada mereka yang arif. Setiap perubahan mendadak berkaitan tugasan jantung boleh memberi reaksi kepadanya.

“Sebagai contoh, jika tekanan darah naik, bermakna jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan dan ini bermakna jantung yang bekerja daripada sepatutnya akan menyebabkan kegagalan jantung. Justeru, perubahan tekanan darah harus diawasi,” katanya.

Mengenai atherotrombosis atau darah membeku di atas plak iaitu lapisan lemak di dinding salur darah yang pecah, pembekuan menyekat pengaliran darah seterusnya mengakibatkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).

Katanya, atherotrombosis adalah penyebab kematian utama di negara ini dengan statistik sebanyak 28 peratus kematian yang dilihat lebih tinggi berbanding kanser atau penyakit berjangkit lain. Masalah lain berkaitan jantung adalah strok iskemia (aliran darah yang tidak mencukupi ke otak), serangan jantung, sindrom koronari akut dan kerosakan pembuluh darah.

Haizal berkata, walaupun setiap individu berpotensi menghadapi masalah ini, situasi berkenaan masih boleh diubah. Bagi penyakit jantung, terdapat dua faktor risiko iaitu aspek yang boleh dikawal manakala faktor lain adalah yang tidak boleh diubah iaitu jantina, usia, bangsa dan genetik.

Bagi faktor jantina, usia, bangsa dan sejarah keluarga, lelaki berumur melebihi 45 tahun atau wanita berumur melebihi 55 tahun yang mempunyai sejarah keluarga diserang sakit jantung mempunyai potensi besar. Begitupun, belum terlewat jika mereka terus mengamalkan gaya hidup sihat.

Antara faktor yang mampu dikawal sendiri oleh individu pula ialah tahap kencing manis, paras kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kekurangan aktiviti fizikal atau bersenam, menghadapi masalah berat badan berlebihan dan obesiti, pola pemakanan tidak seimbang serta merokok.

“Sering juga dikejutkan dengan kematian pada usia muda. Perlu diingat, serangan jantung tidak mengenal usia. Faktor genetik harus diberi perhatian. Walau apa pun alasan, soal pemakanan dan aktiviti riadah tidak boleh dipandang ringan. Kaedah pencegahan terbaik ialah mengurangkan berat badan berlebihan melalui amalan pemakanan seimbang dan senaman konsisten.

“Tempoh menjalani ibadah berpuasa ini juga boleh digunakan untuk kembali semula ke bentuk badan yang menyihatkan. Sambil beribadah, kita dapat mengurangkan lemak atau kolesterol berlebihan yang memudaratkan kesihatan. Setiap individu pula harus mempunyai tahap kesedaran sendiri dengan bertemu doktor,” katanya.

Fakta: Individu yang harus segera dapatkan pemeriksaan doktor

  • Lelaki berumur 35 tahun ke atas dan perempuan berumur melebihi40 tahun.
  • Mengalami masalah berat badan berlebihan (tujuh kilogram dan lebih
    berbanding berat badan unggul).
  • Mempunyai keraguan terhadap status kesihatan diri sendiri.
  • Ada sejarah keluarga yang menghidap sakit jantung.
  • Tidak pernah bersenam atau tidak bersenam secara tetap.

No comments yet»

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: